Wednesday 14 September 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila
tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan
ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu
dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya
kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda
kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita
sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran
menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam
Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya
serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau
telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian
mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita
sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat
dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan
:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari
Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya
seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya
lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran
tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi
malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3
hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika
kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda
1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda
Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan
berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang
dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda
mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon
keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka
diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan
amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang
lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu
marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan
petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga
fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia
mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa
yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur
Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil,
maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka
terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan
debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan
Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah"
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

No comments:

Post a Comment