Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg
tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan
pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada
siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini
menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa
lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil
a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali
ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang
Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti
bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan
jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu
kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib
& masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan
tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan)
dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan
anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa
cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang
tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil
bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat
yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka
rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat
satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar
yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.
Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari
Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat
kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua
orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang
diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada
Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya
kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di
padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang
beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh
a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya
memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain
adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad
s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas
itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan
hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk
kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah
ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan
malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang
sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu
berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke
leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka
dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat
Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf
mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur
bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka
tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat
Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah
solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu
diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang
mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk
akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang
bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara
ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta
ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya
tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika
dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki
akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili
oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari
makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di
akhirat:
a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa
hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para
nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70
000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju
syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa
15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti
angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak
dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu
mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
No comments:
Post a Comment