Tuesday 20 September 2011

Lambang Kesucian Cinta Sejati

Assalammualaikum,

Istilah cinta memang sinonim dengan remaja. zaman remajalah yang menggelodar dengan rasa cinta.
Rasa cinta adalah Rahmat Allah tetapi harus digunakan pada cara dan tempat yang betul.

kali ini paparan berkisar pada lambang kesucian cinta Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah Khuwailid,serta simbol kesetiaan Siti Khadijah terhadap Baginda.Cinta, kasih dan perjuangan mereka
berdasarkan kekuatan agama islam yang menjadi pegangan kita hari ini.Sama-sama berjuang hingga ke akhir hayat menegakkan syiar islam.

Kisah ini bermula , dengan kembalinya Rasulullah s.a.w ke Mekah setelah selesai segala urusan perniagaan barang-barang Siti  Khadijah dengan keuntungan berlipat kali ganda.Setelah melaporkan segala perkembangan perniagaan.Baginda memohon diri untuk bertemu bapa saudaranya Abu Thalib.
Selang beberapa hari kemudian, Rasulullah datang lagi ke rumah Siti Khadijah untuk meminta bahagian
dari keuntungan perniagaanya,Baginda berkata"Khadijah, keluarga bapa saudaraku amat memerlukan bahagian keuntungan itu untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu ini",
Mendengar kata-kata begitu, Khadijah terus menjawab: "Tak apalah Muhammad, sesungguhnya bahagianmu amat sedikit untuk keperluan yang bapa saudaramu maksudkan itu.Tapi, apa katamu kalu aku yang mencarikan calon isteri buatmu?".
Rasulullah s.a.w tidak berkata apa-apa sekadar menundukkan kepalanya.
"Sebenarnya aku berhajat untuk mengahwinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab.Orangnya baik,kaya,diminati ramai lelaki tetapi semuanya ditolak.Tapi sayang,ada sedikit kekurangannya,Er...maksudku,wanita itu dahulunya pernah bersuami.Kalau engkau mahu,dia akan menjadi pengkhidmat dan mengabdikan diri seumur hidup kepada engkau!", kata Siti Khadijah lagi.

Rasulullah s.a.w terus mendiamkan diri.Begitu juga dengan Siti Khadijah.Kedua-duanya terasa amat malu sekali.Mereka sama-sama berfikir dalam fikiran masing-masing.Siti Khadijah sendiri tidak tahu apa yang di fikirkan oleh pemuda luhur berbudi pekerti itu dari keturunan Bani Hasyim itu Rasulullah s.a.w juga tidak menduga apakah yang bermain di fikiran wanita Bangsawan Arab tersebut.

Sejurus kemudian Rasulullah.meminta diri untuk pulang dan bertemu dengan bapa saudaranya lalu segala yang di pertuturkan Siti Khadijah segera diceritakan.Menurut Baginda,dia rasa amat tersinggung dengan ucapan Siti Khadijah.
salah seorang saudara perempuan Abu Thalib yang bernama Atiqah kebetulan berada di situ, amat marah dengan penerangan tersebut.Beliau kemudianya segera menemui Siti Khadijah untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar samada betul atau tidak wanita bangsawan itu menghina Muhammad.

"Sebenarnya,biarlah aku berterus terang denganmu,Atiqah," ujar Siti Khadijah yang amat tersentak dengan tuduhan menghina Muhammad itu.Sesungguhnya dia tidak bermaksud bergitu,dia tidak pernah menyimpan niat walaup sedikitpun untuk menghina pemuda Bani Hasyim yang terkenal jujur dan mulia itu.Dengan tenang Khadijah menyambung "Sebenarnya, perempuan bangsawan Arab yang aku maksudkan ialah diriku sendiri.Kalau Muhammad mahu, aku bersedia menjadi isterinya.Kalau dia tidak mahu,aku rela tidak bersuami hingga akhir hayatku",

Atiqah terdiam dengan penjelasan Khadijah itu.Sungguh dia terkejut besar, dalam masa sama amat bersyukur kerana cita-cita mahu mencari jodoh buat Rasulullah s.a.w telah tercapai.Beliau kemudiannya bergegas pulang membawa berita gembira tersebut kepada Abu Thalib.Mereka bersetuju lalu meminta pandangan Rasulullah s.a.w samaada baginda suka atau tidak.

Dalam waktu yang sama juga utusan dari Siti Khadijah tiba untuk mendapat persetujuan dari Rasulullah s.a.w . Baginda memberi jawapan yang amat menggembirakan Khadijah. Baginda tidak kisah berkahwin dengan wanita yang 20 tahun lebih tua darinya.
Lagipun apa kurangnya Siti Khadijah. Menurut cerita, walaupun Siti Khadijah seorang janda tetapi bentuk badan beliau masih cantik, berkuli putih kemerah merahan dan bermata jernih.Tidak ada yang kurang pada wanita itu kecuali umurnya sahaja yang sudah menjangkau 45 tahun.

Lamaran kemudianya diterima dengan maskawinnya sebanyak 500 dirham.Pernikahan Baginda dengan Siti Khadijah berlansung pada hari jumaat, dua bulan selepas kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.Pada majlis pernikahan itu,Baginda memakai pakaian yang sangat cantik, buatan Mesir hadiah dari sahabat baiknya Abu Bakar As-Sidik.Pakaian istimewa itu juga melambangkan kebangsawanan bangsa Quraisy dan layak dipakai dalam upacara pernikahan agung.

Wali Siti Khadijah ialah bapa saudaranya Amir bin Asaq sementara Waraqah bin Naufal pula membaca khutbah pernikahan.selepas pernikahan tersebut, Siti Khadijah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun tidak, adalah kepunyaan mu dan kau berhak membelanjakannya mengikut jalan yang kau redhai".

Kehidupan pasangan ini sangat bahagia kerana mereka adalah pasangan yang mulia,sekufu,sehaluan,serasi dan mempunyai cita-cita yang luhur.Rasulullah s.a.w hidup bersama Siti Khadijah selama 26 tahun dan sepanjang itu Baginda tidak pernah berkahwin lain.Dengan Siti Khadijah juga Baginda dianugerahkan tujuh orang cahaya mata iaitu tiga orang lelaki (semuanya meninggal dunia) dan empat orang perempuan. Antara puteri Baginda ialah Fatimah dan Zainab.

Sewaktu bersama SitI Khadijah,Rasulullah S.a.w beroleh kebahagiaan dan ketenangan kerana Siti Khadijah sentiasa memberi semangat dan menghiburkannya terutama ketika dalam ketakutan waktu melihat bentuk jibril dalam rupa aslinya di Gua Hira.
Siti Khadijah telah mengorbankan seluruh diri dan hartanya untuk menegakkan syiar islam dan menyelamatkan Baginda dari cercaan dan dengki khianat kaum bangsawan Quraisy.Kerana budi pekerti dan ketinggian agamanya maka Siti Khadijah mendapat keistimewaan dari Allah SWT.Menemui Jibril yang menemui Rasulullah s.a.w, Allah mengirim salamnya untuk Siti Khadijah dengan janji Syurga.

Malah Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda wanita utama yang pertama masuk syurga ialah Siti Khadijah Bt Khuwailid, Fatimah Bt Muhammad S.A.W, Maryam binti Imran dan Aisyah binti Muzaahim (isteri Firaun).

Rasulullah s.a.w juga amat menyanjungi peribadi Siti Khadijah kerana bagi Baginda , Siti Khadijah adalah wanita yang terbaik kerana percaya dan beriman kepadaku ketika orang lain mencurigai dan meraguiku.Membenarkannya ketika orang lain mendustainya.Mengorbankan semua harta ketika orang lain enggan memberinya dan melahirkan putera puteriku.

Kesimpulan rasa cinta yang dianugerahkan Allah s.w.t perlu diletakkan di tempat yang wajar. Cinta berlandaskan iman ,taku kepada Allah adalah cinta yang benar-benar suci. Cinta yang merosakkan adalah cinta nafsu hasutan Iblis.
Lantaran itu para remaja dan muslimin dan muslimat harus bijak membezakan antara cinta yang dituntut Allah dengan cinta yang dituntut oleh syaitan. Menjadi fitrah  kewujudan manusia dengan cinta yang pelbagai.Cinta kepada Allah ,cinta kepada Rasul, Cinta kepada agama, cinta kepada ibu bapa, saudara mara, rakan taulan dan yang berhak menerimanya...

wassalam....

No comments:

Post a Comment