Yaa Ilahi..
Apakah orang yang telah mencicipi manisnya cintaMu..
akan
menggantikan pengganti selainMu..
Apakah orang yang telah bersanding
disampingMu..
akan mencari penukar selainMu..
Yaa Ilahi..
Jadikan
kami diantara yang Kau pilih untuk pendamping dan kekasihMu..
Yang Kau
ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu..
Yang Kau rindukan untuk datang
menemuiMu..
Yang Kau ridhakan (hatinya) untuk menerima qadhaMu..
Yang Kau
anugerahkan (kebahagiaan) melihat wajahMu..
Yang Kau limpahkan
keredhaanMu..
Yang Kau lindungi dari pengusiran dan kebencianMu..
Yang Kau
persiapkan baginya kedudukan siddiq di sampingMu..
Yang Kau istimewakan
dengan makrifatMu..
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu..
Yang Kau
tenggelamkan hatinya dalam IradahMu..
Yang Kau pilih untuk
menyaksikanMu..
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu..
Yang Kau bersihkan
hatinya untuk (diisi) cintaMu..
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan
karuniaMu..
Yang Kau ilhamkan padanya mengingatMu..
Yang Kau dorong
padanya mensyukuriMu..
Yang Kau sibukkan dengan ketaatanMu..
Yang Kau
jadikan dari makhlukMu yang shalih..
Yang Kau pilih untuk bermunajat
padaMu..
Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu..
Yang memutuskan
hubungan denganMu..
Yaa Allah..
Jadikan kami diantara orang orang
yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukanMu..
Nasibnya hanya
merintih dan menangis..
Dahi- dahi mereka sujud kerana kebesaranMu..
Mata
mata mereka terjaga dalam mengabdiMu..
Air mata mereka mengalir kerana takut
kepadaMu..
Hati hati mereka terikat pada cintaMu..
Kalbu-kalbu mereka
terpesona dengan kehebatanMu..
Wahai Yang cahaya kesucianNya
bersinar
Dalam pandangan para pencintaNya..
Wahai yang kesucian
wajahNya
Membahagiakan hati pada pengenalNya..
Wahai Kejaran Kalbu para
perindu..
Wahai Tujuan Cita para pecinta..
Aku memohonkan cintaMu..
Dan
cinta orang yang mencintaiMu..
Dan cinta amal yang membawaku
kesampingMu..
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada
selainMu..
Jadikan cintaku padaMu membimbingku pada redhaMu..
Kerinduanku
padaMu mencegahku dari maksiat atasMu..
Anugerahkan padaku
memandangMu..
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang..
Jangan
palingkan wajahMu dariku..
Jadikan aku penerima anugerah dan
karuniaMu..
Wahai Pemberi Ijabah..
Yaa Arhamar Rohimiin.....
No comments:
Post a Comment