Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan
wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-.
Manusia yang
pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah
r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita -
Sumayyah r.anha-.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang
juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun
haji, iaitu saie.
Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi
wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang
mafhumnya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati
suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.
Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika
kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan
dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi
isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan
terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya
diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya,
ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang
belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka
ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.
Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang
semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di
dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin,
syurga Allah telah menantinya. Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada
suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit
pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada
asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah
maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari
hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji
tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya
pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami,
anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt,
Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa
lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita
? . But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu.
Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang
mafhumnya , “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang
kafir”.
No comments:
Post a Comment