RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia
berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah
SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya,
lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat
Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan,
as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna
merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan
ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki
banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi
dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta
menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah
waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila
dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai
terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah',
iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh
dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada
solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu
subuh.
.
Salah satu keutamaannya
adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat
Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama
mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu
Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab
di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang
secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang
paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
.Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan
bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi
dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu
berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah
kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami,
serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah
al-Kahfi, ayat 28)
.Keutamaan solat
Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya,
sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah
bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada
dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang
kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat
Subuh?
.
Bukankah solat Subuh menjadi
bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan
seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka
seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah,
maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis
riwayat Muslim).
.
Solat Subuh adalah
sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya
di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi
pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka
akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah
solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak
di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami
sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda
berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan
yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu
menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum
terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat
Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya
seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang
menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah
cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang
yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan
membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn
Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan
Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk
segera mengerjakan solat Subuh.
No comments:
Post a Comment