Hakikat hidup ini, tidak selalunya indah. Suatu ketika kita berada di atas, dan
mungkin suatu hari nanti, nasib kita dibawah pula. Ibarat roda sedang berguling.
Begitulah warna warni kehidupan kita.
Sejauh mana pun keindahan dan
keperitan hidup, ada sesuatu disebalik kejadianNya iaitu menguji para hambaNya.
Adakah kita bersyukur atau tidak dikala susah mahupun senang.
Sungguh
senang kita menyebut "syukur" tetapi sukar bagi kita untuk melakukannya.
Kesenangan yang diperolehi itu adalah satu ujian buat diri kita. Ia bukan
sekadar pemuas hati semata-mata didunia kerana jika kita gagal melakukan amanah
kesenangan yang telah diberikan kepada kita, maka dengan kesenangan itu yang
membawa kita ke azab seksaan (kelalain kita dengan kesenangan).
Begitu
juga dengan kesusahan yang kita hadapi. Ia merupakan satu bentuk ujian selain
dari ujian kesenangan. Menguji kita, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat
yang TELAH diberikan dahulu. Samada kita terus menyalahkan takdir atau iman kita
semakin meningkat. Apabila manusia didatangi dengan suatu ujian, jika mereka
bersyukur dan semakin berpaut dengan rahmat Allah agar dipermudahkan baginya
jalan keluar dari liku kehidupan, mereka itulah orang-orang yang telah berjaya
melepasi ujian yang diberikan.
Orang yang miskin bukan bermaksud miskin
harta di dunia tetapi hati yang dikurniakan harta yang banyak tetapi tidak
sesekali mencintai harta di dunia.
Mari nilaikan hati kita, sejauh mana
kesyukuran kita pada Nya ketika senang dan susah..Allah tidak melihat pada hasil
tetapi Allah melihat usaha kita dan pengorbanan kita dalam setiap ujian.
No comments:
Post a Comment