Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama
bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti
Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan
nama 'Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul
Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
•
Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin
Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul
Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
•
Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan
pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah
binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama
Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama
isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2.
Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a
(anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina
'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar
Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah (
Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10.
Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12.
Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
Nama
anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin
Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama
Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang
janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
•
Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa
saudaranya.
• Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi
membantunya berniaga.
• Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah
mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan
menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar
bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa
menyara sebuah keluarga yang besar.
• Ketika baginda berusia dua puluh lima
tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan
Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut
dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
• Sebagai seorang
suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak,
menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
• Sebagai
seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi
seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda
merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan
baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh
masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata
benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam
(tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik
peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah
dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum
Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan
antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar
Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir
menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan
Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan
antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
-
Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima
baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang
berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7)
diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan
pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh
awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu
Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi
dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan
menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,
dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan
(menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang
dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!"
(Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata
beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian
dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak
pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!",
yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu
yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada
manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut
malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa
kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu
beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni).
Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin
itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang
telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau
alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."
No comments:
Post a Comment