Saturday 24 September 2011

ISLAM MELARANG KETAWA BERLEBIHAN






Alhamdulilah Syukur Doa di panjat ke pada Maha Pencipta ,
Kerana mengizinkan lagi Hamba menulis Untuk hari ini.....

Suka dan duka sudah menjadi asam garam dalam kehidupan setiap insan sentiasa dihadapkan dengan pelbagai situasi hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderiaan manakala ketawa pula selaluny menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya..



Dalam rencana ini penulis ingin menyentuh tentang ketawa yang agak jaran-jarang benar diangkat menjadi agenda dalam tulisan ilmiah dan diskusi semasa.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.Namun sebagai agama yang syumul dengan pelbagai adap dan displin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang di benarkan bagi mengelakkan orang2 di pandang rendah martabatnya oleh orang bukan muslim.

Menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w pada waktu Baginda sedang hebat melancarkan misi dakwah baginda melalui jihad perang selepas siri hijrah baginda ke Madinah,Allah telah menemplak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya telah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w dimedan peperangan ,tetapi telah membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat2 genting tentera islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam peperangan Uhud.

Ekoran dari peristiwa tersebut,Allah telah berfirman yang maksudnya: "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak"( surah at-taubah:82)

Jelaslah dari mahfum ayat diatas, Allah telah mengungkapkan tentang sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa yang berlebihan.Justru begitulah sikap mereka, maka sebagai umat islam kita haruslah membuang sikap demikian dalam kehidupan kita sehari-hari.Walaupun telah dimaklumi bahawa sedih,murung,riang,gembira dan ketawa adalah sentuhan sanubari semulajadi yang lahirnya dari sentuhan perasaan yang sesentif oleh insan normal,tetapi islam tetap menghadkannya untuk mengelak ianya berlaku dalam keadaan yang melampau.
Lantaran itulah walau diliputi dengan apa yang dialami dan rasai,agama Islam yang suci murni telah menyediakan alternetif lain yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan dari setiap dari kita bertindak diluar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud:" Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati".
(Riwayat Ahmad dan at-Termizi).

Jika dihayati mahfum hadis diatas,maka sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan sendiri dengan secara berlebihan kerana di bimbangi ianya boleh membawa kepada bekunya dan matinya hati.
Hati adalah agen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang.Jestru, jika ianya sudah tidak lagi bernafas dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini,maka sudah tentu tiada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperolehi kerana pengerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia.sekiranya baik dan bersih hati seseorang maka akan baiklah seluruh anggota zahiriah seseorang dalam melakukan apa jua tindakan dalam hidup seharian.Sebaliknya jika buruk dan rosak sebuku hati tersebut makan akan punahlah segala angota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati telah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhanya ,kerana pada detik dan waktu itu, keunggulan ciri2 manusia sejati yang lahir dengan peranan dan tanggungjawab di alam fana ini kan terabai dan akan dilupakan begitu saja.Perlu juga insafi bahawa pada ketika hati telah punah dan rosak , maka sesuatu yang turut kan sama kan binasa ialah maruah seseorang itu. seseorang individu itu tidak
kan mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri nya kerana proses untu memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi..

Syaidina Umar al-Khatab pernah berkata bahawa:"Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan berkuranglah rasa takutnya kepada Allah.Apabila rasa takutnya sudah berkurang, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah".

Suatu ketika sedang Rasulullah s.a.w berjalan di hadapan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang maksudnya" Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. kalau kamu semua tahu apa yang aku tahu,nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa". (Riwayat al-Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis baginda yang lain Rasulullah s.a.w telah mengingatkan orang banyak ketawa dengan sabda baginda:" Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan Nur dari wajah kita".

Ketawa pada hakikatnya yang sebenarnya apabila sudah sampai tahap berlebihan, maka ianya lebih mengundang negatif dari positif.Orang yang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masanya berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Bukan itu sahaja, kadang kala banyak ketawa boleh mengalpakan manusia dari mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepda mati, maka manusia akan lupa untuk membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan,kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara sahaja.Orang yang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaianya untuk memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah,ketua,ayah dan pemimpin di dalam dunia sementara ini.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata:"Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kapanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah".

Justeru ,dengan bermuhasabah dan tazkiyah diri sahajalah jalan yang paling baik untuk direntasi oleh setiap dari kita pada setiap masa, agar kita tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia ini, kerana ianya merupakan sesutu dugaan dari Allah kepada hambanya yang beriman.
Disamping itu kita diseru supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu dan ketika, agar kita dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kesxalahan yang dibuat samada dengan sengaja atau tidak agar tidak mudah mearsa berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan itu.

Benarlah kata2 menyebut "orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudianya".Ini kerana manusia yang celaka di dunia, yang banyak ketawa setiap masa, bukan saja tidak akan mampu untuk ketawa didalam azab Allah kelak, bahkan tidak akan mempunyai waktu dan masa untuk mengukir senyum.

Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa yang melakukan perbuatan dosa dan kemudiannya ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan".

Sekali lagi ditegaskan bahawa islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa,tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana kerana kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semulajadi tercipta.Semoga kita akan sama2 berusaha untuk mengawal diri dari menyebabkan hati menjadi beku dan mati kerana apabila ianya berlaku,maka akan hilanglah kenikmatan hidup kita untuk menjadi seorang mukmin yang beriman kepada Allah.

No comments:

Post a Comment