Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada Al-Quran untuk menyelesaikan masalah
khususnya yang berkaitan dengan penyakit beraitan dengan jiwa. Umat Islam di
Malaysia sekarang ini yang lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti
kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa
mereka dan melepaskan masalah yang mereka hadapi.
Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood berkata
demikian sewaktu merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan
2006, di Balai Islam Lundang.
"Wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia
di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi
semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan
penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan
(depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan
manusia kembali kepada Al Quran."
Punca Penyakit
Jiwa
Kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup
(stress) seharian punca penyakit jiwa. Dan tekanan ini kian meningkat dalam
kehidupan manusia 'moden' kini.
Kesusahan adalah sunatullah:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al
Balad 90:4)
Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani
kesusahan ini:
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad
90:10)
Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit
jiwa.
Dua Jalan menangani tekanan hidup
ALlah Maha Mengetahui.
Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:
"Kami
berfirman: 'Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku
kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, niscaya tidak ada
kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah
2:38)
Cara keduanya ialah:
"Dan barangsiapa yang berpaling dari
peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan
menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha
20:124)
Manusia 'moden' memilih cara kedua . Akibatnya tercetuslah wabak
penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dua.
Wabak Penyakit
Jiwa
Penyakit jiwa, terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan
kesedihan/kesyugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu
di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih
kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang, mengalami
penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan kencing manis
(diabetes).
Di Malaysia, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang
berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat Malaysia umumnya, lebih
kurang 25% mengidap penaykit yang sama.
Dan jumlah ini kian meningkat
dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya
Al-Quran
ubatnya
Maksud firman ALlah:
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang
kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang
berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57).
Soalannya, bagaimanakah hendak kita aplikasikan Al-Quran
dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?
Cara Penyelesaian Masalah
Wabak Penyakit jiwa
Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada
satu-satu masalah.
1. Bila berdepan masalah
Masalah hidup
sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, ALlah mengajar manusia
"(iaitu)
orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa
innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)
Ini khusus bertujuan supaya
manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah.. Kerana hanya dengan
mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.
"Ingatlah hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)
2. Apa yang
hendak diingat tentang ALlah untuk menangani musibah?
• Semua milik Allah.
Dan kerajaan mutlak adalah kepunyaan ALlah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa
izin-Nya.
"Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi "
(Al Baqara 2:284)
"Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan
bumi kepunyaan ALlah? (Al Baqarah 2:107)
• ALlah Maha Pemurah dan Maha
Penyang. Atas sifat-sifat ini ALlah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya.
Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.
• Semua yang Dia
lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh
hamba-Nya. Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti ALlah zalim,
sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.
''ALlah tidak membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah 2: 286)
•
Setiap kesusahan akan berakhir dan diganti dengan kesenangan.
"Sesungguhnya
sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah 94: 6)
• Bila berdepan denga
musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari ALlah.
Di dalam Al-Quran ahlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar",
lebih dari 70 kali. Nabi Muhammad saw menghayati perintah Allah ini setiap kali
Baginda saw berdepan dengan musibah.
"Hai orang-orang yang beriman,
jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlah berserta
orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah 2:153)
• Dalam keadaan penuh
kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah kita. Semua musibah berlaku ke
atas kita kerana tiga sebab:
1. Apakah ia satu hukuman dari ALlah? Hukuman
Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab: i) melakukan kezaliman ii)
durhaka kepada ibu bapa dan iii) Memutuskan hubungan silaturahim dengan
waris-waris terdekat.
Dengan hukuman ini ALlah mengharapkan manusia
bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan
neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman ALlah di dunia inilah ialah Dia sayang
kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamab-Nya dari seksaan
neraka di akhirat nanti.
2. Apakah ia satu pengajaran? Hidup manusia
menempuh dua jalan:
"Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al
Kaafiruun 109:6)
Bila kita terjerumus ke jalan yang salah, ALlah membuat
sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan
yang benar.
Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di
dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala
kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.
"Telah nampak kerusakan di darat dan
di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan
kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali
(ke jalan yang benar)"( Ar Ruum 30:41)
3. Apakah itu satu ujian? Sekira nya
musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian.
Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan
tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan
rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas
hamba-hamb-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.
Semua manusia pasti mendapat
ujian-ujian ini:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan
sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2:
155)
Untuk masuk syurga:
"Apakah kamu mengira habawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang
terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?'
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah
2:214)
Tentang Kebinbangan/Kekhwatiran (Anxiety) dan
Kesedihan (Depression)
Kebimbangan tercetus oleh ketakutan tentang masa
depan. Manusia takut jadi miskin, sakit, mati, dirompak, dirogol, hilang harta
dll.
Islam senang menghapus ketakutan tentang masa depan. Masa depan hak
ALlah. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku se saat kemudian.
Islam
mengajar hamba-hambanya hanya takut kepada ALlah. Berusaha bersungguh-sungguh
untuk hidup mengikut petunjuk Allah dan berserahlah kepada ALLah Yang Maha
Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dia tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hamba-Nya.
Penyakit membawa keuntungan besar. Sesiapa yang bersabar
menghadapi penyakit yang dideritanya, maka Allah akan menggugur
dosa-dosanya.
Tentang kematian, semua akan mati. Yang hendak kita
bersedia ialah jangan mati katak, tetapi mati yang terbaik, iaiatu mati dalam
keadaan beriman.
Tentang Kesedihan
Kesedehan berlaku bila
terjadi kehilangan. Ada dua jenis kehilangan: kehilangan sebenar dan kehilangan
yang difikirkan (actul loss dan imagined loss).
Kehilangan yang sebenar
ialah kehilangan harta benda akibat dari kebakaran, kecurian, bah dll. Bila
berdepan dengan kehilangan jenis ini, kita hendaklah ingat bahawa benda atau
harta itu milik ALlah dan bukan milik kita. ALlah hanya memberi pinjam kepada
kita untuk kita mengurus dengan baik. Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan
Dia ambil bila-bila masa Dia mahu.
Bila berlaku kehilangan jenis ini,
hendaklah kita buat analisis ke atas kehilangan itu berdasarkan kosep di atas:
adakah ia hukuman, pengarajan atau ujian. Kta bertaubat dan bersabar dan
berusaha memperbaikan cara mengurus amanah ALlah itu.
Kehilangan yang
difikirkan (imagined loss). Ini berlaku bila kita fikir kita hilang sesuatu.
Sebenarnya, kita tidak hilang apa-apa pun, tetapi dalam fikiran kita kita rasa
kita telah hilang benda itu.
Keadaan ini sering berlaku dalam perhubungan
antara manusia (Inter-personal relationship). Ini jelas berlaku kepada orang
pencen.
Orang pencen yang sebelumnya mempunyai kedudukan tinggi dan
berkuasa berasa dia hilang semua itu bila dia pencen. Orang lain tidak lagi
memerlukannya. Dia meletakkan harga dirinya kepada pangkat dan
kuasa.
Begitu juga dengan orang-orang yang tua. Anak-anaknya sudah besar
dan meninggalkannya untuk mencari sara hidup. Orang tua fikir dia tidak berguna
lagi kepada anak-anaknya.
BIla manusia meletak harga dirinya dalam
keadaan begini dia akan bersedih. Inilah punca utama kenapa kadar kesedihan
paling tinggi di kalangan orang-orang pencen dan tua di seluruh dunia. Kesedihan
ini boleh mebawa kepada membunuh diri. Sebab itulah kadar membunuh diri
tertinggi di kalangan golongan ini di mana-mana pun, melainkan di kalangan
orang-orang Islam.
Harga Diri manusia
Allah tidak menetapkan
harga diri kepada harta, kuasa dan kedudukan. Manusia terbaik dalam pandangan
Allah dan Nabi Muhammad saw manusia paling tinggi taqwanya kepada ALlah.
"
Sesunguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat 49:13).
Tanda orang
yang tinggi taqwanya:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan
beriman kepada ALlah." (Ali Imran 3:110)
"Mereka melakukan amalan-amlan
yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut kerana
(mengenangkan) mereka kelak akan kembali kepada tuhan mereka. (Al Mu'minun
23:60)
Tafsiran ayat ini: Daripada Aisyah r.a, dia bertanya: "Wahai
Rasullullah, adakah (maksud ayat-ayat) 'Orang-orang yang melakukan amalan-amalan
yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut (kepada-Nya) itu'
ialah orang yang mencuri, berzina dan minum arak dan kerana itu mereka takut
kepada ALlah Azzawajalla?" Jawab beliau" "Tidak begitu! Wahai puteri Abu Bakr
As-Siddiq! Tetapi itulah orang yang sembahyang, berpuasa dan bersedekah tetapi
masih merasa takut kepada ALlah Azzawjlla" (HR at- Tarmizi)
Semua orang
boleh berikhtiar mendapatkan kedua benda ini. Ia bergantung kepadaa usahanya dan
kurnia Allah:
"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) ,
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada
Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(Alam Nsyarah 94:7-8)
Inilah
cara-caranya Islam mendidik pengikutnya bagaimana berdepan dengan kesusahan
/tekanan/musibah dalam hidup, yang merupakan sunattulah, supaya sesiapa yang
beriman dapat mengecapi kemanisan kesihatan jiwa di dunia dan di
akhirat.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan
masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Al Fajr 89:27-30).
Inilah caranya
untuk mendapat kesihatan dan ketengangan jiwa tanpa perlu kepada ubat atau
rawatan psaikoterapi. Caranya ialah meningkatkan keimanan seseorang. Apa itu
IMAN:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang
beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah
orang-orang yang benar." (Al Hujuraat 49:15)
Iman di lidah dan di hati
diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh (jihad) dengan harta dan nyawa di jalan
ALlah, itulah ubat paling mujarab bagi wabak penyakit jiwa.
Saya sering
melalui jalan ini bila berdepan dengan musibah dalam hidup. Dan saya dapati
memang benar ALlah selalu memenuhi janji-janji-Nya.
Wallah hua'alam.
No comments:
Post a Comment