Ustaz, saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi
telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina
juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita
solehah.
Jawapan Ustaz :
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika
seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti
nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh
gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.
Jika seseorang
mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti
:
1.Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif
2.Masih
keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau
peribadi
3.Masih ber 'boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di
malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang 'ustaz' atau seseorang yang
'jaga solat lima waktu'.
Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina
akan terbuka luas seperti dahulu..
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara
dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga
sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurta kepada tutup, dari tutup separa
kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat)
kepada tudung muslimah sejati.
Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh
akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.
Mata
Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang
bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, 'bertepuk bertampar', bergurau
senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki 'soleh'
luarannya (penampilan fizikalnya) namun 'tidak soleh' dalamannya, mereka yang
seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.
Lelaki
Zina Untuk Perempuan Zina?
Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki
yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita
musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina
atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain Firman Allah :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki
keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )
Ayat di atas
menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang
telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan
berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina
juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di
atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua
muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32
. Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi,
6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah
keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat' kepada individu
yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di
atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui.. amat besar kemungkinan yang
soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan
seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran
pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di
sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah
terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik
dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah
ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan
daripadanya).
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Ustaz
Zaharuddin Abd. Rahman merupakan lulusan B.A. (Hons) Usuluddin, dan M.A.
Shari'ah, Universiti Yarmouk,Jordan. Kini beliau sedang menyiapkan pengajian PhD
dalam Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom. Beliau merupakan
pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); di samping Penasihat
Syariah di C&S Consulting & Investment Ltd., OSK Investment (Islamic)
Bank Bhd. dan Standard Chartered (Sadiq) Bank (M) Bhd. Beliau menulis di
www.zaharuddin.net.
No comments:
Post a Comment