Sunday 18 September 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Daripada Abbas r.a Rasulullah s.a.w
bersabda: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di
hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa
seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa
pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke
tubuh yang baik. Maka kubur mula terbongkar. Pada seruan yang kedua pula, ketika
Rasulullah berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan
janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri, tiada lagi
bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke
pipi.

Baginda s.a.w bersabda: "Kekasihku Jibril!
Gembirakanlah aku!"

Jibril a.s. berkata: "Apakah yang kamu lihat
di hadapanmu?"

Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu
pertanyaanku."

Jibril a.s. berkata: " Adakah kamu tidak
melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu
pertanyaanku."

Baginda s.a.w bersabda: " Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Baginda s.a.w bersabda: " Nesacaya akan
kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan
umatku."

Jibril a.s menyeru: "Wahai sekalian makhluk,
datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan olah Allah
taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu
kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan
bertanya: " Di mana umatku?"

Jibril a.s berkata: " Wahai Muhammad! Umatmu
adalah umat yang terakhir."

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s
menyeru: "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s
menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata: " Mengapa kamu
berdua menangis?"

Jibril a.s berkata: "Bagaimana keadaan umatmu,
Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana
umatku?"

Jibril a.s berkata: "Mereka semua telah
datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi
Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang
berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata: "Lihatlah mereka wahai
Muhammad s.a.w!"

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang
berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil
menyeru: " Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Wahai
umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya
menangis.

Allah taala berfirman di dalam keadaan Dia
amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad
s.a.w?"

Jibril a.s berkata: "Mereka adalah sebaik
umat."

Allah taala berfirman: "Wahai Jibril!
Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk
ditayangkan di hadapanKu."

Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis
lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada
Allah taala."

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya
lalu berkata: 'Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah
taala."

Allah taala berfirman: "Hari ini, Kami akan
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan
memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu."

Suara jeritan dan tangisan semakin
kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: 'Tuhanku...
Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku
meminta untuk umatku dari-Mu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:
"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai
Tuhanku...Penguasaku Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari
seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan
azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan
penyeksaan."

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih.
Air matanya telah hilang dari pipinya. Para Nabi melihat keluh kesah dan
tangisannya.

Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang
paling dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil berat hal keadaan
umatnya."

Fatimah r.a bertanya; "Di mana aku hendak
mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda s.a.w menjawab: " Kamu akan
menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum
umatku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari
mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah,
Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketka Mariam melihat umat Nabi
Muhammad s.a.w, dia berkata: " Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat
dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengari Nabi Muhammad
s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w: "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta
syafaat kepada Allah taala.

Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu
bersabd: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak
melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada
Allah taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di
sisinya.

Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad s.a.w
bersabda kepaba malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah taala ke
atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika
tidak, hati mereka akan gementar melihatmu."

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat.
Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat,
baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia
kembali.

Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Tuhan!
Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"

Renungan Bersama

Apabila baginda hendak pergi meninggalkan
dunia, baginda menyebut "Umatku, umatku, umatku."

Apabila baginda menjadi manusia pertama yang
dibangunkan juga, yang diingati adalah umatnya.

Apabila di Padang Masyar, semua sibuk dengan
urusan sendiri, hatta orang yang paling kita sayangi; ibu, bapa, sahabat, dan
sesiapa saja.

Tetapi hanya baginda saja yang sibuk mengambil
tahu tentang kita.

Agak-agaknya kita
bagaimana?

Wahai diri, bersyukurlah bahawa kitalah
umatnya. Buat renungan bagi diri ini yang selalu
alpa.

No comments:

Post a Comment