satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai
mati dan diazab di dalam kubur.... dan skrg telah mendapat petunjuk dari
Allah.
satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...masa
sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan
menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut.....aku melihat
jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan selepas aku
sudah tiada disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar talkin dibacakan....dan
selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....lalu datanglah
malaikat (tapi aku tak nampak malaikat tu tapi hanya dengar suaranya je)
menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang
diajukan....(dialam kubur... Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa
arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab mulut ku pula tertutup
rapat seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau
jawapannya....masa tu aku dipukul dengan tali yang daripada petir dan
kilat....aku dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam
dalam tanah tempat ku duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring)
lalu malaikat menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan
tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak
dapat dilupakan.....aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar
sakitnya kenapa aku siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada
perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba mulut ku boleh berkata).......Pada
masa tulah aku dengar suara malaikat yang menakutkan itu bagi tau kamu memang
taat pada suami.....dan kamu memang solat adakah solat kamu benar2 ikhlas dengan
Allah...dan kamu tak pernah dakwah dengan jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun
kamu tahu mereka buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....dan
lalai dari mengingati allah....(barulah aku sedar dengan dosa yang aku
lakukan..... (dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila mendengar
azan aku fikir solat boleh qadak kerana cerita di tv belum habis nanti tak tau
pula kesudahannya....dan terkadang aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan
rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan).....pada masa diazab
aku merayu untuk dihidupkan kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku
aku tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak buat.....ya Allah hidupkanlah
aku 1 kali je lagi aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul untuk kali ke2
dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan dengan
siksaan kubur ku....malaikat berkata dengan suara yang menakutkan semua ahli
neraka minta perkara yang sama iaitu minta dihidupkan semula tetapi
tidak akan dilayan kerana didunialah tempat menentukan segalanya....aku tetap
merayu....selepas itu aku terdengar satu suara beritahu bagi kesempatan sekali
lagi untuknya....dan ketika itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari
kubur ku yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......aku tersentak
bangun dari tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas
dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....aku
menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari allah keatas dosa yang telah
aku lakukan..... selepas tu aku mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa
lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...masa aku sedang tengok tv satu
suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku tersentak dan terus matikan tv dan
beristifar.....malam tu aku bermimpi suara tu suruh aku tepati janji ku masa
dialam barzakh.... Tidak lama selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara
malaikat yang akan menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila
ada kemuskilan.. sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan ingatkan
balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya
tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa
dia adalah malaikat dari alam hakikat dan dipesan supaya jangan lalai.. maksud
lalai aku dilarang tengok tv dan dengar radio kerna itu hiburan dunia yang kita
asyik sekali sampai lupa Allah....esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi
aku pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio(Allah sentiasa kasihkan hambanya
supaya tidak lalai mendengar radio) cuma boleh mainkan cd je hifi tu,dan lepas
itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir takpelah
boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku… boleh dengar nasyid yang
memuji Allah dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut
zikir....dan disuruh menutup yang sebenar2 aurat dengan sempurna dan disuruh
membaca tafsir alquran sebenar2 firman allah dan hadith rasullullah untuk
berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak
sahih...
Antaranya:-
- saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus hanya untuk para
nabi dan rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada
saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai manusia biasa
yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang diperlihatkan oleh
Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat Muhammad sebelum terlambat.
- kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan
disuruh menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi
umatnya.
- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk
Jibrail, Mim untuk Muhammad.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada
jibril dan diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w. kitab ini alquran tidak ada
keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.
- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk
Jibrail, Raa untuk Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan
kepada jibril dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab
yang terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah
mudahan kamu memikirkannya.
- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk
Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah bermaksud kitab ini daripada
Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.
Itulah ayat ayat kitab apa apa yang diturunkan kepada engkau (Muhammad s.a.w)
dari tuhanmu adalah benar. Tetapi kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.
- Doakan orang islam yang telah meninggal dunia didalam kubur
supaya di ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik yang
dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang
yang dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan
ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit - dan semua yang
mengenai bid`ah dan syirik kerana mereka tidak yakin pada Allah iaitu qadaq dan
qadar Allah... pasal syirik dan bid`ah ni siksaan tentang ini amat pedih) dan
disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil untuk org yang meninggal
dunia adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan
dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita disuruh beramai
ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.... dan diberi
peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan tidak
boleh berharap dan tugas Allah yang mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh
ahli kubur islam itu....Dosa yang menyekutukan Allah (syirik yang besar) Allah
memang tak akan ampunkan.... (contoh... seperti yang semua sedia maklum yang
sudah diketahui oleh semua org) Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan
perintah Allah.
- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w
buat.... dan diperingatkan bahawa umat akhir zaman ini belum tentu dapat masuk
syurga kerana manusia skrg ini dah semakin jauh dari ajaran islam yang dibawa
Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah hiburan yang melalaikan dari mengingati
Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....(maksudnya
disuruh mengikuti sunnah rasulullah 100% dengan banyak berzikir dan mengingati
Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan yang
melalaikan dan melekakan daripada mengingati Allah)
- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.
- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran(maksudnya membaca quran
sambil mengetahui maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.
- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya
sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan
mereka.
- Disuruh mendidik anak dengan islam yang sebenarnya bermula
dari kecil dan disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap
hambanya.
- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat
Allah" (seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan rahmatmu Ya
allah....)
- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada
Allah supaya diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau
mengeluh.... kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah
satu penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...
- Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada
mengingati Allah akan di azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah pedih sekali.
dengan kehendak Allah juga saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan azab
kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan org lain daripada mengingati
Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya melihat siksaan kuburnya
yang terbakar dengan api yang membakar dan dipukul dengan azabnya sehingga
berdarah darah.... sebagai peringatan untuk tidak melalaikan manusia lain
daripada mengingati Allah... seperti contoh untuk tidak mengaibkan nama sesiapa
cukuplah saya memberitahu ianya adalah pelakon, penyanyi, dj yang telah
meninggal dunia tanpa sempat bertaubat kepada Allah dan semua manusia yang
melalaikan manusia lain dari mengingati Allah... saya amat kasihan sekali
melihat mereka kerana mereka bermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya
dengan kata kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku
dapat bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia
daripada mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu hanyalah
sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah membaca kisah ini...
saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka semua dengan ikhlas kepada Allah
agar dengan rahmat Allah mereka semua diampunkan dosa dosa kecilnya bagi
meringankan azab kubur mereka.(cuba bayangkan diri saudara dan saudari sekalian
berada ditempat mereka skrg ini… kasihanilah mereka dengan mendoakannya)
- Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi
atau seperti contoh diatas yang telah meninggal dunia... selagi manusia skrg ini
menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin banyak
seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya... ( saya juga merayu
kepada semua org.... jangan lah melihat cerita pelakon dan penyanyi terbabit
yang telah meninggal dunia...(kasihanilah mereka diazab oleh Allah... mereka
telah meninggal dunia dan tidak dapat kembali ke dunia... doakan lah mereka
dengan ikhlas kepada Allah)
- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai tanda
peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia. dan saya tetap manusia
biasa dan dipesan kepada saya juga dosa saya juga tetap akan dihisab dan saya
hanya disuruh menyampaikan sahaja kepada semua hambanya apa yang disuruh
malaikat atas perintah Allah s.w.t seperti Firman Allah ini :
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul
kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika
terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih)
dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa
berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana
sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga
pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah
maidah ayat 19)
- Disuruh meyampaikan kepada semua wanita termasuk saya
sendiri bahawa tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan
perhiasan dada wanita dari tepi (maksudnya apa sahaja tudung yang nipis atau
selendang) dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua bentuk
perhiasan dada wanita dan wajib taat pada perintah Allah agar
berjaya diakhirat.
- Tidak boleh melengahkan solat dan disuruh menyuruh hambanya
agar menjaga solatnya.(maksudnya hendak atau tidak disuruh juga solat kerana
Allah akan membayar segalanya pada akhirat nanti)
- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.
- Allah akan tujuki Kepada sesiapa yang Allah
kehendaki(bermaksud Allah lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas
kepada Allah dan cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap
hambanya.
- Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata.katakan Allah
maha pengasih dan pengampun.
- Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat
Allah ampunkan, sesungguhnya Allah Maha pengampun ,maha penyayang lagi maha
mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.(seperti PERUMPAMAAN bukan PERSAMAAN
... jika kamu mempunyai anak dan kamu kasihkan anak kamu... tidakkah kamu
terfikir bahawa Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih menyayangi hambanya
melebihi 70 kali ganda dari seorang ibu atau bapa menyayangi anaknya. (seperti
dalam satu hadis rasulullah s.a.w ada menyatakan tentang 70 kali ganda kasihnya
Allah terhadap hambanya)
- Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing
kepada yang lain. .....dan disuruh rujuk surah albaqarah ayat
137,153,156,157,159,168,186
,208,224,225,257,269,272, surah al maaidah ayat 16,48,al
an'aam ayat 9,16 semua surah ali imran ,surah yusuf ayat105,106,107 surah ar
ra'ad ayat 2,11,15,19,20,21,25,26,28,31,37,40, dan banyak lagi surah sebenarnya
tapi tak pelah ini yang memang penting dikongsi bersama....
- Semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak
ku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat
tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu
berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak2 ku dibawah lindungan mu ya Allah
selamatkanlah anak2 ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak2 kamu baca suruh
surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.
- Dan satu lagi pesan rasulullah dalam mimpi saya (ya ini
dari Allah juga )kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk alquran dan sunnah
ku sunnah Rasulullah......
- Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia
lain dan saya sendiri agar mengikuti ajaran islam yang sebenarnya agar mencapai
kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat. Dan Saya juga berharap agar
supaya tidak mempercayai saya kerana mahluk yang diciptakan Allah memang tiada
kuasa langsung tetapi percayalah pada Allah yang membuat semua ini. Dan semua
yang berlaku pada saya hanyalah kehendak Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang.
Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan
sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka
sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan
beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahawa soal mendatangkan
mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan kamu tidak menyedari
(wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta)
itu datang, mereka juga tidak akan beriman. (Surah Al-An`am : Ayat
109)Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung. (Surah Al-An`am : Ayat 110)
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An`am: Ayat 111)
Ps: segala bentuk penulisan diambil secara langsung dari kata
katanya… harap diampunkan saya jika tersilap menaip disini dan pada Allah saya
memohon ampun jika saya tersilap.
dan jika dilihat orangnya... dia teramat mencintai Allah dan
Rasulnya... (macam rabiatul adawiyah pula)... maka tidak mustahil bagi Allah
mengurniakan nikmatnya untuk hamba hamba yang taat padanya.
insya Allah... jika diizinkan suaminya nanti aku ambik videonya untuk dimasukkan ke sini... kerana skrg ni kalau dia menceritakan azab yang menimpanya pasti dia akan menangis... atas sebab itu aku delaykan dulu sesi pengambarannya....
untuk tidak mengelirukan mana mana pihak.... disini tidak dinyatakan tentang malaikat itu... mungkin kerana terlupa menaipnya... sehingga banyak orang menyangka ini adalah jin islam atau sebagainya yang boleh menyebabkan syirik dan khurafat kerna yakin selain dari Allah. Perempuan tersebut mendengar suara malaikat adalah melalui suara hati pada bulan puasa dan selebihnya selepas bulan puasa banyak daripada mimpi dan tidaklah nampak wajah malaikat cuma suaranya sahaja dan beliau menyatakan beliau tidak pernah mendengar melalui telinga. Perlu difikirkan juga bahawa azab kubur adalah rahsia... walaupun jin sekalipun tetap tidak boleh melihat apatah lagi membayangkan... tidak terfikirkah kamu kenapa perempuan itu dapat melihat azab kubur.... bukankah itu semua atas kehendak Allah yang maha kuasa. dan tidak perlu percaya jika tidak peraya kerna semua ini akan terjawab apabila semua orang dihimpunkan diakhirat kelak cuma yang penting fahami maksud yang hendak disampaikan dan percayalah pada ayat ayat Allah.
sebenarnya perempuan itu tidaklah berdamping dengan malaikat tetapi pada sebelum ramadhan dan pada bulan ramadhan yang lalu dapat maklumat sebegitu untuk disampaikan kepada semua orang... perempuan itu tidaklah melihat rupa malaikat tersebebut... dan dia juga telah ditunjukkan oleh Allah untuk mendapat malam lailatul qadar... dia juga mendapat nama Allah yang keseratus pada bulan ramadhan... semua ini berlaku kerana kehendak Allah dan malaikat tidak akan sekali kali melakukan tugas sukarela tanpa arahan dari yang maha kuasa iaitu Allah yang maha kuasa, pencipta, pemelihara dan penguasa pada setiap mahluknya.
dan perempuan itu juga mengajar cara untuk mencari keredhaan Allah adalah dengan ikhlas... dan tidak boleh sesekali berharap dengan harapan yang tinggi untuk urusan duniawi pada Allah. (itulah ikhlas... kerna jika mereka2 yang berharap pada urusan duniawi yang mana Allah tidak makbulkan doa mereka2 semua... pasti mereka mencari jalan lain yang boleh menyebabkan syirik contoh berjumpa bomoh dan sebagainya).. maka disini diajarkan... berharaplah dengan harapan yang tinggi menggunung untuk urusan akhirat iaitu agar diampunkan dosa, agar dijauhkan siksa kubur, agar jauhkan api neraka, agar dimasukkan ke syurga, agar diterima amalan.. dan lain lain lagi urusan akhirat dengan berdoa yang sungguh sungguh.dan dia mengajar supaya buatlah segalanya dengan niat ikhlas dan hanya kerana Allah ta`ala sahaja.
ini semua bukan direka untuk mencari publisiti atau pun sebagainya....
ini kerana dunia sudah nak akhir zaman... macam macam yang pelik pelik berlaku.....
apapun perempuan tu sendiri dah bagi tau jangan percayakan dia tapi percaya lah semua tu berlaku atas kehendak Allah dan percaya pada Allah....
untuk tidak mengelirukankan pendapat dari mana mana pihak yang mengatakan ajaran sesat.... sila search kat google... ada dua orang kisah budak ajaib... yang mana budak ini lahir dari perut orang kristian....
tetapi... apabila berumur satu tahun setengah dia berkata dengan kata kata ajaib kepada ibu bapanya iaitu " APABILA KAMU BERIMAN KAMU AKAN DITERIMA OLEH ALLAH' dan menyuruh mengikut cara islam yang disampaikan rasulullah s.a.w
No comments:
Post a Comment