Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri
seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi
;
"Barangsiapa mengenal dirinya maka
sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Yahya bin Muaz
mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang
sahabat;
"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya
Rasulullah?
Maka sabdanya yang lebih
mengenal mereka dengan dirinya."
Ada pun mengenal diri itu tiga [3] macam
iaitu;
1. Periksa dan memahami.
2. Membuat bandingan dan ukuran.
3.
Lemah dan tertegah.
1. Periksa dan
memahami.
Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada
dua pandangan iaitu;
a. Pandangan yang pertama kepada diri zahir yang
dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;
Tanah, Air, Api dan
Angin..
yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam 'Alaihi-Salam.
Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan Ruh ke dalamnya lalu hidup ia
bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah
dalam
Surah Al-Shod; 71-72 yang
bermaksud;
"Ingat olehmu hai Muhammad ketika
firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati
tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka
sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".
Demikian juga
dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga
seperti firmanNya dalam :
Surah An-Nisaak:1 yang
bermaksud;
"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu
yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan
daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang
banyak."
Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan
akan segala keturunan melalui setitik air mani (Nutfah) yang dikandungkan di
dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh)
kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman
Allah dalam :
Surah Al-Mukminun;14 yang
bermaksud;
"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada
pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani
yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan
segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami
bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk
lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling
baik".
Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib
sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah (bayi)
kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang
lengkap dengan pancaindera yang lima
iaitu;
Penjamah,
Perasa,
Pendengar,
Pelihat,
Pencium.
Akhirnya
menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang
lima iaitu; Khowatir, Cita, Niat, 'Alim, Fikir; dan sempurnalah sepuluh
pancaindera yang dinamakan INSAN.
b. Pandangan yang kedua kepada diri
yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif
bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;
Syaiun
Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan
pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar
benderang Israk Nur Muhammad itu zahirlah sekelian alam dan segala yang benyawa.
Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
i.Alam Ma'ani :
iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalam Ilmu Allah tetapi tiada ia
maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud
pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya
sebagai;
ii.Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah
Arif
bil-Lah menamakannya sebagai;
iii.Alam Jabarut tatkala nyata ia pada
martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af'alNya dan
setengah daripada mereka menamakan sebagai;
A' yan Saabitah ertinya kenyataan
yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
iv.Alam Asror
ertinya tanda menerima Asror (rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak
Taala.
Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan
Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia
Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya
Milik. Ini dinamakan juga A' yan Khorijah kerana sudah zahir wujudnya menerima
asar (bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya
dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana
A' yan Khorijah itu
A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zahir Sifat Allah dan Asma
Allah dan A'yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam
Kabir (Besar) atau Alam Shoghir (Kecil). Dan setengahnya menamakannya;
Ruh
Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya.
Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Qudus kerana ia suci
daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah
daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah
Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai Ruh
Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin
akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Khotir ertinya
gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
1.Khotir Rahmaani iaitu
apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak
memikirkan akan MaasyiwaLah (sesuatu yang lain daripada Allah).
2.Khotir
Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap
dan bermusyahadah ke hadrat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain
daripada Allah.
3.Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada
kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang
dengan Ajib, Riya', Takbur, Suma'ah dan lain-lain lagi daripada segala
sifat-sifat mazmumah.
4.Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada
pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah
sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada
Fe'il (Kelakuan) yang Hakiki.
Setengah daripada mereka menamakannya
sebagai; Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada
mereka menamakannya sebagai;
Nafsu kerana angkuh dan zalim dan setengah
menamakannya sebagai; Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap
kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang zahir dan yang
batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;
Jisim iaitu susunan kulit,
daging, tulang, urat, darah, lendir dan sebagainya.
Jauhar iaitu Ruh atau
nyawa'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi,
rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan
sebagainya.
2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian
tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai
rahsia kejadian langit dan bumi, maka eloklah bapak cuba memberi gambaran
perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian
manusia.
Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360
darjah pada bulatan bumi.
Manusia juga mempunyai 17 sendi yang
besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiap-tiap sehari semalam tujuh belas
jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa
siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan
kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia
mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17
rakaat.
Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu
ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada
malam.
Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak
124 000
iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama
sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang
sengaja ditinggalkan.
Pendek kata tidak ada satu kejadian yang boleh
menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan
mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan
kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam :
Surat Al-Tin;4
yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya Kami jadikan manusia itu
seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang
diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat
melainkan manusia (Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan
dikutuk akan Dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya
supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia (Adam). Dijadikan sekelian
perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma'ani yang tujuh
kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma'ani Qadim yang dinamakan Naskhah
Al-Haq.
3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan
akan kejadian diri samada diri yang zahir atau diri yang batin, maka tak sampai
akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar
hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis
apa???
Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam
:
Surah Al Israk; Ayat 85 yang bermaksud;
"Akan
ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Katakan olehmu Ruh itu adalah
daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat
takrif, maka digelar oleh orang-orang 'Ariffin dengan nama Lathifatul
Rabaaniyah.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment