Tanbihul
Ghafilin (Peringatan
bagi yang lupa)
Dengan nama Allah s.w.t.
yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan
segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang
mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang
tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan
pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.
Sabda junjungan Agung
kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu
ayat)
Ajaran-ajaran mengenai taqwa yang terkandung
didalam kitab suci Al-Quran dan Hadith tidak dapat dibentangkan secara
keseluruhannya buat masa ini namun kepentingan taqwa sudah tentu tidak dapat diragui. Tanpa taqwa
segala kejayaan batiniah sudah pasti tidak tercapai. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Perasaan takutkan
Allah s.w.t. merupakan sumber kebijaksaan."
Ibnu Umar sering
menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya:"Agaknya kamu
hairan melihat aku menangis?Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."
Pada suatu hari Nabi
Muhammad s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat yang
bermaksud:
"Maka apabila langit
terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang
merah"(AL-RAHMAN-37)
Bulu roma sipembaca
itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah
yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku
ini." Nabi Muhammad s.a.w. berkata
kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis
bersama-sama."
Jawapan yang sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.wkepada seorang Ansar yang
duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud. Abdullah bin Rawahah
telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis
bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?"Kata
Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui
Titisirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya
menyeberanginya atau tidak."
Pada suatu ketika
Zurarah bin Aun sedang bersembahyang dimasjid. Apabila ia membaca ayat yang
bermaksud:"Maka apabila ditiup
sangkakala,maka yang demikian dihari itu,hari yang payah" (Al-Maudasir-8-9) Zurarah bin Aun jatuh dan
meninggal dunia!!!
Dalam salah satu sembahyangnya, Khulaid dalam qiraatnya
telah membaca ayat yang bermaksud: "Tiap-tiap jiwa akan merasai mati" (Al-A'nkabut) Dia telah
mengulangi ayat itu beberapa kali sehinggakn tiba-tiba dia terdengar suara orang
yang mengatakan kepadanya:"Berapakali mesti kamu ulangi ayat itu?Bacaan mu telah
menyebabkan kematian empat jin!!!"
Dengarlah kata Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda
s.a.w. mengenai perasaan takut akan Allah s.w.t..
Nabi Muhammad s.a.w.:"Segala-galanya takut
akan orang yang takutkan Allah
s.w.t. Sebaliknya segala-galanya menjadi sumber ketakutan
kepada orang yang takutkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.."
Yahya bin Ma'az:"Seandainya seorang manusia itu takutkan
neraka sebanyak ia tukutkan kemiskinan, ia akan memasuki syurga."
Abu Sulaiman Darani:"Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan
perasaan takut kepada Allah
s.w.t.."
Nabi
Mubammad s.a.w.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana tkutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun
air mata itu, terselamat dari api neraka.""Apabila seorang muslim mengeletar
kerana takutkan Allah s.w.t., gugurlah
dosa-dosanya seperti daun-daun yang kering berguguran."
Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi Mubammad s.a.w.:"Tunjukkan daku jalan
kearah keselamatan." Jawab Nabi Muhammad
s.a.w.:"Jangan banyak bercakap dan tinggallah dirumah sambil menangis
mengenangkan dosa-dosamu."
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Adakah diantara
pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?"Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:"Ya, dia ialah
orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia
lakukan."
Nabi Muhammad
s.a.w.:"Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah s.w.t..Titisan air mata kerana
takutkanNya dan titisan darah yang
ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."
Mengikut sebuah Hadith ada tujuh jenis manusia yang dapat
melindungi diri dibawah naungan A'rash.
Salah seorang daripada mereka ini ialah orang yang menangis apabila
berseorangan kerana takutkan Allah
s.w.t. dan kerana menyesali dosa-dosa yang telah lampau.
Umar r.a. hu berkata:"Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia kecuali
seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan
aku menyangka yang simalang itu ialah aku sendiri. Sebalinya kalau diisteharkan
yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku
akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku
sendiri."
Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya
perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit dihati umat Islam yang
inginkan kebahagiaan ukhrawi.Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan
takut tadi.Kata Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tidak seorang pun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t.."
Apabila Imam Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut, dia
menggesakan anaknya supaya membaca hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.. matan-matannya
menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah s.w.t.."
No comments:
Post a Comment