Tanbihul
Ghafilin (Peringatan
bagi yang lupa)
Dengan nama Allah s.w.t.
yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan
segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang
mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang
tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan
pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.
Sabda junjungan Agung
kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu
ayat)
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya
dari Abdullah bin Ubaid bin Umair berkata: "Adam a.s. berkata: "Ya Robbi, Engkau telah memenangkan Iblis
atasku sehingga aku tidak dapat mengelakkan diri padanya kecuali dengan
pertolonganMu." Firman
Allah s.w.t.:
"Tiada lahir seorang anak keturunanmu melainkan telah aku datangkan
kepadanya yang menjaganya dari tipu daya iblis, dan dari jin-jin yang
jahat." Adam berkata: "Tambahkan bagiku." Jawab Allah s.w.t.: "Aku beri pahala
setiap hasanat sepuluh lipat ganda dan ada harapan ditambah, sedang kejahatan
satu lawan satu, dan ada harapan dihapuskan." Adam berkata: "Tambahkan
bagiku." Firman Allah
s.w.t.: "Taubat tetap diterima selama roh dikandung
badan." Adam berkata:
"Tambahkan bagiku." Firman Allah
s.w.t.: "Qul ya
ibadziyal ladzina asrafu ala anfusihim lataq nathu min rahmatillahi innallaha
yagh firudzdzunuha jami'a, in nahu hauwal ghafururrahiem." Yang
bermaksud: "(Katakanlah: Hai hambaKu
yang telah memboros dari menggunakan masa hidup untuk amal yang tidak
berguna) kamu jangan putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampunkan semua dosa,
sesungguhnya Allah maha pengampun lagi
penyayang.)"
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn
Abbas r.a. berkata: "Bahawasanya Wahsyi yang membunuh Hamzah r.a., pakcik Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada
Rasulullah s.a.w. dari Mekkah:
"Sesungguhnya saya ingin masuk Islam tetapi terhalang oleh ayat (Yang berbunyi):
Walladzina laa yad-una Allahi
ilahanakhoro, wala yaqtuluna nafsallati harramallahu illa bilhaqqi walla yaznun,
waman yaf'al dzalika yaiqa atsaamaa. (Yang bermaksud) Dan
mereka yang tidak mempersekutukan Allah
dengan tuhan yang lain dan tidak membunuh jiwa yang telah diharamkan
Allah kecuali dengan hak dan tidak
berzina, dan siapa yang berbuat itu maka ia menanggung dosa-dosa. Sedang
saya telah berbuat semua itu, maka apakah ada jalan bagiku untuk
taubat?"
Maka turun ayat yang berbunyi: "Illa man taba waamana wa amila amalan salihin fa
ula ika yubaddilullahu sayyiantihim hasanaat." (Yang bermaksud):
Kecuali orang yang taubat dan beriman soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka
dengan hasanat.
Maka Nabi
Muhammad s.a.w. mengirim ayat tersebut kepada Wahsyi lalu dijawab
oleh Wahsyi: "Bahawa didalam ayat ini ada syarat iaitu harus beramal soleh,
sedang saya belum tahu apakah dapat melakukan amal soleh atau tidak." Maka turun
ayat (Yang berbunyi): "Inna Allah la
yagh firu yusyroka bihi wayaghfiru ma dunia dzalika liman
yasya'u." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni pada siapa yang
mempersekutukanNya dan mengampuni semua
dosa selain syirik itu, bagi siapa yang dikehendakiNya."
Ayat ini dikirimkan kepada Wahsyi. Jawab Wahsyi: "Didalam ayat ini
juga ada syarat dan saya tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. hendak mengampuni saya
atau tidak." Maka turun ayat (Yang berbunyi): "Qul ya ibadiyalladzina ala antusikum, laa'
taqnathu min rahmatillahi innallah yagh firudz dzunuba jami a innahu huwal
ghafurrahiem." (Yang bermaksud): "Katakanlah: Hai
hambaKu yang telah memboros diri,
janganlah kamu putus harapan dari rahmat
Allah, sesungguhnya Allah dapat
mengampuni semua dosa, sungguh Allah maha
pengampun lagi penyayang.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari
Abdullah bin Sufyan berkata: "Muhammad bin Abdulrahman Assulami menulis surat
kepadaku: Ayahku menceritakan kepadaku: Saya duduk dekat Nabi Muhammad s.a.w. diMadinah, lalu
ada seorang diantara mereka berkata: Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Siapa yang taubat sebelum mati setengah hari, maka Allah s.w.t. memaafkan padanya. Lalu
saya bertanya: Benarkah kau mendengar Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda demikian? Jawabnya: Ya. Tiba-tiba ada lain
sahabt berkata: Saya telah mendengar Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa taubat sebelum matinya sekira
sesaat, maka Allah s.w.t. memaafkan
baginya. Kemudian ada yang lain berkata: Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Siapa taubat sebelum tercabut nyawa dari tenggoroknya maka Allah s.w.t.
memaafkan baginya."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad
bin Mutharrif berkata: "Allah s.w.t.
berfirman: Amboi,
anak Adam berbuat dosa lalu minta ampun, maka Aku
ampunkan tetapi kemudian ia mengulangi dosanya lalu minta ampun, maka
Aku ampunkan, amboi kasihan, ia tidak dapat
meninggalkan dosanya tetapi ia pula tidak putus harapan dari rahmatKu, hai para MalaikatKu, Aku
persaksikan kepada kamu bahawa Aku
telah mengampuni
baginya."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari
Al-a'masy dari seorang dari Mughits bin Sumai berkata: "Ada seorang pada
ummat-ummat yang dahulu, ia selalu berbuat maksiat, maka pada suatu hari ketika
ia sedang berjalan, teringat pada perbuatan-perbuatannya yang lalu, maka ia
berdoa: Allahumma ghufranaka (Yang bermaksud) Ya Allah, aku harap ampunanMu sebanyak
tiga kali, mendadak ia mati, maka Allah
s.w.t. mengampuni baginya."
Muhammad bin Ajlan dari Makhul berkata: "Saya mendapat keterangan
bahawa Nabi Ibrahim a.s. ketika diperlihatkan oleh Allah s.w.t. alam malakut dilangit,
ia melihat hamba Allah
dibumi yang sedang berzina, maka ia berdoa sehingga binasalah
hamba itu, kemudian ia melihat orang yang sedang mencuri, maka ia berdoa
sehingga dibinasakan oleh Allah
s.w.t., lalu Allah
s.w.t. berkata kepadanya: "Ya Ibrahim, biarkan urusan hambaKu
kerana hambaKu itu diantara ia bertaubat maka Aku memaafkan atau akan melahirkan turunan yang
ibadat kepadaKu atau ia memang celaka, maka untuknya telah
tersedia jahannam untuk tempatnya dihari kemudian."
Abul-Laits berkata: "Berita ini sebagai dalil bahawa seorang hamba
bila bertaubat maka Allah
s.w.t. menerima taubatnya dan mengampuninya, kerana itu
seharusnya manusia tidak putus harapan dari rahmat Allah s.w.t. Firman
Allah s.w.t. yang berbunyi: "Innahu layaiasu min rouhillah illal qaumul
kafirun." (Yang bermaksud) "Sesungguhnya tidak akan patah
dari rahmat Allah kecuali kaum yang
kafir."
Di lain ayat pula berbunyi: "Wahuwalladzi yaqbalut taubata an ibadihi waya'fu
annissanyyi ati." (Yang Bermaksud): " Dialah Allah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan perbuatan-perbuatan yang
jelek (dosa): (Surah: Assuya ayat 25)
Maka seharusnya bagi seorang yang sempurna akal bertaubat pada
tiap waktu supaya tidak tergolong pada orang-orang yang dalam derhaka, sebab
seorang yang selalu bertaubat tidak dianggap selalu didalam dosa meskipun ia
mengulangi dosa itu sehari sampai tujuh puluh kali, sebagaimana riwayat Abubakar
Assidiq r.a. dari Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Tidak dianggap terus menerus berbuat dosa
orang yang selalu membaca istighfar
(minta ampun) meskipun ia mengulangi dalam sehari tujuh puluh kali.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya saya
bertaubat kepada Allah tiap hari
seratus kali."
Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Saya bila mendengar langsung dari
Rasulullah s.a.w. maka saya
pergunakan dan bila diberitahu oleh lain orang maka saya sumpah jika ia berani
sumpah saya percaya. Abu bakar r.a berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak seorang hamba yang berdosa kemudian ia wudhu dengan sempurna
kemudian sembahyang dua rakaat dan membaca istisgfar (minta ampun) kepada Allah melainkan diampunkan oleh Allah
baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w.
membaca ayat (Yang berbunyi): "Wa man ya'mal su'an yadh lim nafsa hu tsumma yas
tagh firillah yajidillaha ghafura rahiema. (Yang bermaksud): Dan siapa
berbuat kejahatan atau aniaya pada diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) pasti akan
mendapatkan Allah maha pengampun lagi
penyayang."
Dilain riwayat Rasulullah s.a.w. memperdengarkan
ayat: "Walladzina idza fa'lahu
fahisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastagh faru lidzu-nubihim, waman
yagh firudzdzunuba illa Allah, walam yashirru ala maa fa'alu wahum ya'lamun
(135) Ula'ika jazaa'uhum
maghdiratun min robbihim wa jannatun tajri min tahtihal anharu kholidina fiha
wani'ma ajrul amilin (136). (Yang bermaksud): "Dan mereka
yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat
kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa
tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam
dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan
syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, ekkal mereka didalamnya,
sebaik-baik pahala bagi yang beramal." (Surah: Al-Imran
135-136)
Al-Hasan Albashri berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "
Ketika Allah s.w.t. menurunkan iblis
laknatullah ia berkata: Demi kemuliaanMu, saya tidak akan melepaskan anak Adam
sehingga ia terpisah dengan rohnya, maka dijawab Allah s.w.t.: Demi kemuliaan dan kebesaranKu,
saya tidak akan menutupkan jalan taubat dari hambaKu sehingga rohnya berada ditenggoroknya
(hampir mati)."
Al-Qasim meriwayatkan dari Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Malaikat yang dikanan lebih kuasa terhadap malaikat yang dikiri, maka
bila seseorang berbuat kebaikan, langsung dicatat olehnya sepuluh hasanat dan
apabila berbuat kejahatan lalu akan ditulis oleh malaikat kiri, diperingatkan
oleh yang dikanan, tahan dahulu kira-kira enam atau tujuh jam, maka bila ia
membaca istighfar (minta ampun) atau dicatat apa-apa, dan jika tidak membaca
istighfar, lalau dicatat satu kejahatan (sayyi'at)."
Abul-Laits berkata: "Ini sesuai dengan hadis (Yang berbunyi):
"Atta'ibu minzda-dzanbi kaman la
dzanba lahu." (Yang bermaksud): "Orang yang taubat dari
dosa bagaikan tidak berdosa." Dilain riwayat pula berbunyi:
"Sesungguhnya seorang hamba jika berbuat dosa, tidak segera dicatat
sehingga berbuat dosa yang lain, kemudian jika berbuat dosa lagi, juga tidak
ditulis sehingga berbuat dosa yang ketiga, maka jika berkumpul lima dosa, sedang
yang lima digantinya lima dosa itu. Maka disitu iblis laknatullah menjerit:
Bagaimana saya akan dapat membinasakan anak Adam, sedang saya telah berusaha
untuk menjerumuskan lima kali, tiba-tiba dibatalkan dengan satu hasanat, maka
hilang semua usahaku itu."
Shafwan bin Assaal Almuradi r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Disebelah barat ada pintu gerbang besar yang dibuat oleh Allah untuk pintu taubat lebarnya sekira
perjalanan 40-70 tahun, tetap terbuka dan tidak ditutup sehingga matahari terbit
dibarat." Said bin Almusayyab mengertikan ayat (Yang berbunyi):
"Innahu kaana awwabina
ghafura." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah bagi orang yang selalu kembali
kepadaNya maha pengampun."
Iaitu orang yang berdosa kemudian bertaubat kemudian berdosa lagi dan
bertaubat.
Seorang ahli hikmah berkata: "Sifat orang aarif (yang menegnal
Allah s.w.t.) ada enam iaitu:
-
Jika ingat kepada Allah s.w.t. maka dia berbangga.
-
Jika ingat pada dirinya maka dia merasa rendah.
-
Jika melihat ayat-ayat Allah s.w.t. maka dia mengambil iktibar.
-
Jika ingin bermaksiat maka dia menahan diri
-
Jika ingat maafnya Allah s.w.t. maka dia gembira
-
dan Jika ingat dosa-dosanya maka minta ampun
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Azzuhri
r.a. berkata: " Pada suatu hari Umar masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil menangis.
maka ditanya:" Ya Umar, mengapakah kau menangis?." Jawabnya: "Ya
Rasulullah, dimuka pintu ini ada
seoarng pemuda telah membakar hatiku sambil menangis." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Ya Umar, masukkan dia kepadaku." Maka dimasukkan sambil menangis
dan ditanya Nabi Muhammad
s.a.w.: "Hai pemuda, apakah yang menyebabkan kau
menangis?" jawabnya: "Ya Rasulullah, saya menangis kerana
dosa-dosaku banyak sedang aku takut kepada Tuhan yang maha perkasa sedang murka
kepadaku." Nabi Muhammad s.a.w.
bertanya: "Apakah kau mempersekutukan
Allah s.w.t., hai pemuda?" Jawabnya: "Tidak." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi:
"Apakah kau membunuh jiwa tanpa hak?" Jawab pemuda itu: ""Tidak."
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
"Maka Allah s.w.t. akan
mengampunkan dosamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan
bukit-bukit." Jawab pemuda itu: "Ya
Rasulullah, dosa ku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:
"Dosamu lebih ataukah alkursi?" Jawab pemuda itu: "Dosaku
lebih besar." Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya lagi: "Dosamu lebih besar ataukah arsy?" Jawab pemuda itu: "Dosaku
leboh besar." Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya lagi: "Dosamu lebih besar atau maafnya Allah s.w.t.?" Jawab pemuda itu:
"Maafnya Allah s.w.t.
lebih besar." Sabda Nabi Muhammad
s.a.w.: "Sungguh tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali
Allah s.w.t. yang maha besar, yang maha maaf dan
ampunanNya. Hai pemuda beritakan kepadaku, apakah dosamu itu?"
Jawab pemuda itu: " Jawabnya: "Saya malu dari engkau, ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. menekan: "
Beritakan kepadaku apakah dosamu itu?." Jawab pemuda itu: " Ya Rasulullah, saya tukang gali kubur sejak
tujuh tahun lalu dan pada suatu hari saya menggali kubur gadis dari kaum Ansar
dan setelah saya telanjangi dari kafannya, saya tinggalkan tetapi tidak jauh
bangkit hawa nafsuku, maka saya kembali dan mensetubuhi mayit gadis itu hingga
puas lalu saya tinggalkan, belum jauh tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata:
"Celaka kau hai pemuda, tidakkah malu engkau dari Tuhan yang akan membalas pada hari
pembalasan kemudian, bila tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang
yang dianiaya, kau birkan saya telanjang dan kau hadapkan aku dihadapan Allah sebagai orang janabat."
Nabi Muhammad s.a.w. mendengar
keterangan itu segera bangkit bagaikan terdorong dari belakang sambil berkata:
"Hai fasik, alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluarlah dari
sini." Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kepada Allah s.w.t. selama empat puluh hari
dan pada malam keempat puluh ia melihat kelangit sambil berkata: "Ya Tuhannya Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawwa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka
beritahulah kepada Nabi Muhammad
dan sahabat-sahabatnya, jika tidak maka kirimkan pada aku api dari langit dan
bakarlah aku didunia ini, dan selamatkan aku dari siksa akihirat." Maka turun
malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad
s.a.w. dan sesudah memberi salam ia berkata: "Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu."
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.
"Dialah Assalam, dan daripadanya salam
kepadamu dan kepadaNya
segala keselamatan." Jibril berkata: "Allah bertanya, apakah kau menjadikan
makhluk?" Jawab Nabi Muhammad
s.a.w. "Bahkan Allah
yang menjadikan aku dan semua makhluk." Lalu ditanya: "Apakah kau
memberi rezeki kepada mereka?" Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: "Bahkan Allah memberi rezeki kepadaku dan
mereka." Kemudian ditanya lagi: "Apakah kau memberi taubat kepada
mereka?." Nabi Muhammad s.a.w.
menjawab: "Bahkan Allah memberi
taubat kepadaku dan mereka." Lalu Jibril berkata Allah s.w.t. berfirman: " Maafkanlah hambaKu itu
kerana Aku telah memaafkan padanya." Maka
Nabi Muhammad s.a.w. segera
memanggil pemuda itu dan memberitahu padanya bahawa Allah s.w.t. telah menerima taubat
kepadanya dan memafkannya."
Abul-Laits berkata: "Seharusnya orang yang berakal memperhatikan
kejadian ini dan mengerti bahawa zina dengan yang masih hidup itu lebih besar
dosanya daripada zina dengan mayit. Juga harus bertaubat yang betul
(sungguh-sungguh) sebagaimana pemuda itu ketika taubatnya benar-benar maka
Allah s.w.t.
memaafkannya."
Ibn Abbas r.a. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi):
"Ya ayyuhal ladzina amanu tubu
ilallahi taubatan nashuha." (Yang bermaksud): "Hai orang
yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah
taubat yang nashuh (Sesungguh-sungguhnya)." Iaitu menyesal dalam
hati dan istighfar dengan lidah dan niat tidak akan mengulangi
lagi selamanya. Ada riwayat bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Istighfar hanya dengan mulut sedang
tetap terus berbuat dosa bagaikan mempermainkan Tuhannya."
Rabi'ah al-Adawiyah berkata: "Istighfarkami ii
memerlukan kepada istighfar yang banyak, iaitu
istighfar dengan lidah sedang hatinya niat akan mengulangi
perbuatan dosanya, maka taubatnya ialah taubat orang yang dusta dan ini tidak
bernam taubat sebab syarat taubat ini ada tiga iaitu:
-
Menyesal dalam hati
-
Istighfar dengan lidah
-
dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
Jika demikian maka pasti Allah s.w.t. mengampunkan baginya
walau bagaimana besarnya dosa itu sebab Allah s.w.t. itu suka memaafkan pada
hambaNya.
Pernah terjadi pada suatu masa dahulu raja Bani Israil diberitahu
bahawa ada seorang ahli ibadah yang taat, maka raja itu tertarik sehingga ia
memanggil orang ibadat itu dan diminta supaya suka menjadi sahabat raja dan
sering datang keistana. Maka oleh orang ibadat itu menjawab: "Tawaran tuan raja
itu baik tetapi bagaimana andaikan pada suatu hari saya bermain-main dengan babu
raja, bagaimana tuan raja akan berbuat terhadap aku?" Tiba-tiba raja itu menjadi
marah dan berkata: "Hai pelacur, kau berani berbuat itu didepabku?" Lalu ahli
ibadat itu berkata: "Saya telah mempunyai Tuhan yang sangat pemurah, andaikan
saya berbuat tujuh puluh kali dosa, nescaya tidak murka dan tidak mengusir aku
bahkan tidak dikurangi rezekiku, maka bagaimana saya akan meninggalkan
pintu Tuhan dan pindah
pada orang sudah marah kepadaku sebelum aku bersalah, maka bagaimana kalau
benar0benar engkau melihat aku telah berbuat salah (dosa) itu." Kemudian dia
keluar dari istana raja itu.
Abul-Laits berkata: "Dosa ada dua macam iaitu dosa antara kamu
dengan Allah s.w.t. dan
dosa antara kamu dengan semua manusia. Adapun antara kamu dengan Allah s.w.t. maka syarat taubatnya
ada tiga iaitu:
-
Menyesal dalam hati
-
Istighfar dengan lidah
-
dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, tidak bangun dari
tempatnya melainkan sudah diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali jika ia
meninggalkan salah satu fardhu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. maka tidak berguna
taubatnya selama belum menyelesaikan kewajipan terhadap dirinya itu, lalu
menyesal dan istghifar.
Adapun dosa yang terjadi antaramu dengan sesama manusia maka selama mereka belum
menghalalkan, maka tidak berguna bagimu taubat."
Seorang ulama tabi'in berkata: "Adakalanya seorang
yang berdosa, selalu teringat akan dosa dan menyesal serta minta ampun sehingga
ia masuk syurga, sehingga syaitan laknatullah mengeluh: Celaka diriku, andaikan
aku tahu nescaya tidak aku jerumuskan ia kedalam dosa itu."
Abubakar Alwasithi berkata: "Sabar tidak keburuan dalam segala
perbuatan itu baik kecuali dalam tiga macam iaitu:
-
Ketika tiba waktu sembahyang maka harus segera dilaksanakan
-
Ketika kematian harus segera diselesaikan dan dikuburkan secepat mingkin dan
-
Ketika akan taubat dari dosa maka jangan ditunda
Seorang Hakiem berkata: "Taubat seorang akan
ternyata dalam empat macam iaitu:
-
Jika telah dapat mengendalikan lidahnya daripada dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya
-
Jika sudah tidak ada rasa hasud, dengki, iri hati terhadap semua manusia
-
Jika telah menjauhi teman-teman yang busuk dan
-
Selalu siap menghadapi maut, rajin dalam taat dan selalu istighfar menyesali dosa.
Seorang Hakiem ditanya: "Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah
diterima?" Jawabnya: "Ya, ada empat tanda iaitu:
-
Putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang solihin
-
Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan taat
-
Hilang rasa kesenangan kepada dunia kepada hatinya dan selalu ingat kesusahan akhirat
-
Percaya pada jaminan Allah s.w.t. dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah s.w.t.
Maka bila terdapat semua sifat itu ia termasuk pada ayat yang
berbunyi: "Innallaha
yuhibbuttawwabina wa yuhibbul metathahirin. (Yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang taubat dan kasih pada orang yang
suka bersuci." Kemudian ia berhak dari orang-orang empat macam
iaitu:
-
Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
-
Mereka akan memeliharanya dengan selalu mendoakannya
-
Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang lalu
-
Mereka selalu mendekat dan membantu serta mendekatinya
Dan Allah
s.w.t. akan memuliakannya dengan empat macam perkara iaitu:
-
Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah tidak pernah berdosa
-
Dicintai Allah s.w.t.
-
Dipeliharanya dari gangguan syaitan laknatullah
-
Diamankan dari rasa takut sebelum keluar dari dunia
Seperti mana firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
"Tatanazzalu alaihimul malaikatu
alla takhafu wala tahzanu, waabsyiru bil jannatillati kuntum
tu'adun." (Yang bermaksud): "Akan turun kepada mereka
malaikat yang memberitahu supaya jangan takut dan jangan susah dan sambutlah
khabar baik kamu akan masuk syurga yang telah dijanjikan untukmu."
Khalid bin Ma'dan berkata: "JIka orang-orang yang taubat itu telah
dimasukkan kesyurga mereka bertanya: "Tidakkah Tuhan berjanji bahawa kami akan
melewati neraka sebelum masuk syurga?" Maka dijawab: "Ketika kamu melaluinya ia
sedang padam."
Alhasan berkata Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Ketika selesai melaksankan hukum rejam
terhadap wanita yang berzina sehingga mati, lalu menyembahyangkannya, ditegur
oleh sebahagian sebahat Rasulullah
s.a.w.: Ya Rasulullah, engkau
yang menghukum rejam kemudian kamu sembahyangkannya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: Sungguh ia telah taubat
yang andaikan ia berbuat tujuh puluh kali seperti itu nescaya diampunkan Allah, yakni ia telah taubat benar-benar dan
taubat yang benar-benar itu pasti diterima meskipun bagaimana besarnya dosa,
tetap akan diampunkan."
Juga diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Siapa yang mengejek seorang mukmin kerana dosa, maka ia bagaikan yang
mengerjakannya danlayak bila Allah menjerumuskannya kedalam dosa itu. Dan siapa
yang mengejek orang mukmin kerana suatu dosa, maka ia tidak akan keluar dari
dunia sehingga melakukan dosa itu dan terbuka rahsianya dimuka umum sehingga
merasakan malunya."
Abul-Laits berkata: "Seorang mukmin tidak sengaja
berbuat dosa sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Wa karraha ilaikumul kufra walfusuqa wal
ishyan." (yang bermaksud): "Ddan Allah membencikan kepadamu
kekafiran, kefasikan dan maksiat." Kerana itu seorang mikmin tidak
mungkin sengaja berbuat dosa tetapi boleh terjadi padanya disaat ia lalai, tidak
kuat menahan nafsu syahwat yang sedang meluap, kerana itu tidak boleh
dicemuhkan, jika ia telah bertaubat.
Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika seorang hamba taubat dan diterima
oleh Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. melupakan malaikat yang mencatat amal apa
yang telah mereka tulis, juga anggota badannya pun lupa apa yang pernah
dilakukan dari dosa, juga Allah s.w.t. melupakan bumi dimana ia berbuat dosa
diatasnya, supaya ia datang pada hari kiamat dan tiada sesuatupun yang
menyaksikan perbuatan yang pernah dilakukan itu.
Ali bin Abi Thalib ra. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tertulis dikeliling arsy sebelum dijadikan makhluk sekira empat ribu
tahun: "Wainni laghaffarun liman taba wa
aamana wa amila shaliha tsumahtada. (Yang bermaksud):
Sesungguhnya Aku (Allah s.w.t.) maha pengampun bagi siapa yang taubat dan
beriman dan beramal soleh dan mengikuti petunjuk."
Abil-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a.
berkata: "Nabi Muhammad s.a.w.
menceritakan bab pintu taubat, lalu ditanya oleh Umar bin Alkhoththob: "Apakah
pintu taubat itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Pintu taubat itu
dihujung barat, mempunyai dua daun pintu dari emas bertaburkan mutiara dan
yaqut, antara kedua tiang pintu itu sejauh perjalanan empat puluh tahun bagi
orang yang berkenderaan kencang (cepat) dan pintu itu tetap terbuka sejak
dijadikan Allah hingga malam yang akan terbit matahari pada paginya, dan tiada
seorang hamba yang taubat benar-benar melainkan masuk taubatnya dari pintu itu.
Mua'dz bin Jabal r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, apakah taubat nashuh itu?" Jawab
Rasulullah: "Ialah menyesal atas perbuatan dosanya dan niat tidak akan
mengulangi lagi, kemudian minta mapun kepada Allah s.w.t. Kemudian matahari dan bulan
terbenam dipintu itu, lalu tertutup kedua daun pintu itu bagaikan tidak ada
retaknya, maka ketika itu tidak lagi diterima taubat dan tidak diterima amal
yang baru sesudah tertutup pintu itu, dan semua orang menurut keadaannya sebelum
itu, jika ia baik maka dilanjutkan kebaikannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):Yauma ya'ti ba'dhu aayati robbika la yanfa'u
nafsan imanuha lam takun amanat min qablu au kasabat fi imaniha khoiro.
(Yang bermaksud): "Pada saat tibanya sebahagian ayat-ayat Tuhanmu, maka tidak berguna bagi seseorang
iman yang baru, bila tidak beriman sejak sebelumnya, atau telah berbuat dimasa
imannya dahulu kebaikan."
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Taubat nashuh itu
ialah sesudah taubat tidak mengulangi lagi, dan pintu taubat itu yeyap terbuka
dan diterima dari siapapun kecuali tiga iaitu:
-
iblis laknatullah iaitu induk semua kekafiran
-
Qabil iaitu induk dari semua yang sial dan celaka dan
-
orang yang membunuh nabi
Sedang pintu taubat itu disebelah barat lebarnya kira-kira
perjalanan emapt puluh tahun tidak akan ditutup sehingga ternit matahari
daripadanya (dari barat).
Abul -laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a.
berkata Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Taubat itu tergantung diudara, berseru siang malam tidak
berhenti-henti: Siapa yang akan menerima aku, tidak akan tersiksa dan keadaan
itu selamanya, sehingga matahari terbit dari barat, maka apabila matahari telah
terbit dari barat, maka ia terangkat."
Semua keterangan ini menganjurkan supaya bertaubat
dan siapa yang bertaubat akan diterima taubatnya sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa tubu ilallahi jami'a ayyuhal mu'minun
la'allakum tuflihun." (Yang bermaksud): "Dan taubatlah kamu
semua hai orang-orang mukminun supaya kamu bahagia. Selamat dari siksaNya dan mencapai rahmatNya." Sesungguhnya taubat itu
pembuka dari segala kebaikan dan menyebabkan keselamatnnya dan kebahagiaan tiap
mukmin. Allah s.w.t.
berfirman (Yang berbunyi): "Ya
ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha, asa rabbukum an yukaffira
ankum sayyiatikum, wa yud khilkum jannatin tajri min tahtihal
anharu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman,
taubatlah kamu dengan sungguh-sungguh kepada Allah, semoga Tuhan menghapuskan dosa-dosamu dan memasukkan
kamu kesyurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai." (Surah:
Attahrim: ayat 8)
Dan ayat yang lain pula berbunyi: "Walladzina idza fa'alu fa hisyatan au dholamu
anfusahum dzakarullaha fastaghfaru lidzunubihim, waman yaghfirudz dzunuba
illallahu, walam yashirru ala ma fa'alu wahum ya'lamun." (Yang
bermaksud): "Dan mereka yang bila berbuat dosa besar yang keji atau aniaya
pada dirinya (berbuat dosa kecil), lalu ingat kepada Allah dan minta ampun untuk dosanya, kerana
tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak tetap selalu berbuat dosa,
sedang mereka mengetahui akan dosa maksiat." (Surah Al-Imran ayat
135)
Said bin Abi Burdah meriwayatkan dari ayahnya dari neneknya
berkata Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya saya membaca
istighfar minta ampun dan taubat tiap hari seratus kali." Dilain
riwayat pula: "Hai manusia, taubatlah kamu kepada Allah, maka saya bertaubat kepada Allah tiap sehari semalam seratus
kali."
Apabila Nabi Muhammad
s.a.w. beristighfar dan taubat tiap hari seratus kali, padahal telah
diampuni oleh Allah
s.w.t. semua dosanya yang lalu dan yang akan datang, maka
bagaimana kita yang belum mengetahui apakah diampunkan atau tidak? Apakah tidak
selayaknya taubat tiap waktu dan tidak berhenti-henti membaca istighfar.
Ibn Abbas r.a. ketika mentafsirkan ayat yang berbunyi: "Bal yuridul insanu liyafjura
amamah." (Yang bermaksud): "Bahkan manusia itu mengutamakan
dosanya dari menunda-nunda taubatnya." Ia selalu berkata: "Kelak akan
taubat sehingga tibalah maut dalam keadaan yang sejelek-jeleknya ia mati."
Juwaibir meriwayatkan dari Adhdhahhak dari Ibn Abbas r.a. berkata
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "
Pasti akan binasa orang yang menunda-nunda (Yang selalu berkata kelak saya
akan taubat)."
Maka seharusnya tiap manusia taubat pada tiap waktu sehingga bila
tiba maut ia sudah taubat, sedang Allah
s.w.t. telah berjanji dalam ayatNya yang berbunyi: "Wahuwalladzi yaqbaluttaubata anibadihi waya'fu
anissayyi'at." (Yang bermaksud): "Dialah Allah yang menerima taubat hambaNya dan memaafkan segala kesalahan
(kejahatan) Yakni asalkan
bertaubat dan minta ampun, maka Allah akan mengampunkan.
Abdullah bin Mas'uud r.a. berkata: "Siapa yang membaca (ayat yang
berbunyi): "Astaghfirullahal adhiem
alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaihi."
(Yang bermaksud) Saya mohon ampun kepada Allah yang
maha agung, yang tiada Tuhan kecuali
Dia, yang hidup berdiri sendiri
mengatur makhlukNya dan bertaubat
kepadaNya." sebanyak tiga kali maka akan diampunkan semua
dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dilaut.
Ayyub meriwayatkan dari Abu Qabilah berkata: "Ketika Allah s.w.t.
mengutuk iblis laknatullah maka ia minta ditunda, maka Allah s.w.t. meluluskan
permintaannya, maka iblis laknatullah berkata: "Demi kemuliaanMu, aku tidak akan keluar dari
dada hambaMu sehingga
keluar rohnya. Dijawab Allah
s.w.t.: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak akan aku tutup pintu
taubat pada hambaKu
sehingga keluar rohnya." Maka perhatikan bagaimana kasih rahmat Allah s.w.t. pada hambaNya, tetapi menamakan mereka
orang-orang mukminin sesudah mereka berdosa sebagaimana ayat 31, surah
Annur (Yang berbunyi): "Wa
tubu ilallahi jami'a ayyuhal mukminun la'allakum tuflihun." (Yang
bermaksud): "Dan taubatlah kamu semua kembali kepada Allah, hai
orang-orang muminin supaya kamu untung selamat dan bahagia."
Dan Allah
s.w.t. menyatakan kasih kepada orang yang bertaubat didalam ayat
yang berbunyi: "Innal-laha yubih
buttawwabina wayuhibbul mutathohhirin." (Yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah kasih sayang kepada orang yang taubat dan suka pada
orang yang bersuci."
Rasulullah s.a.w.
bersabda (Yang berbunyi): "Atta'ibu
minadzdzanbi kaman ladzanba lahu." (yang bermaksud): "Orang
yang taubat dari dosa itu bagaikan orang yang tidak berdosa."
Ali bin Abi Thalib r.a. diberitahu oleh orang: "Saya telah berbuat
dosa." Ali berkata: "Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau
ulangi." Lalu orang itu berkata: "Saya telah taubat tetapi saya ulangi lagi."
Ali berkata: "Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau
ulangi lagi." Orang itu bertanya: "Sampai bilakah?" Jawab Ali r.a.: "Sehingga
syaitan laknatullah yang kecewa dan menyesal."
Mujahit ketika menerangkan ayat yang berbunyi: "Innamattaubatu alallahi lilladzina
ya'malunassu'a bijahalatin tsumma jatubuna min karib." (Yang
bermaksud): "Sesungguhnya taubat itu terhadap mereka yang berbuat dosa
dengan kebodohan kemudian bertaubat tidak lama." (surah Annisa
ayat 17) Mujahid berkata: "Asalkan belum mati, maka ia bererti segera
dan tidak lama."
Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika seorang berbuat dosa lalu berkata: "Ya Tuhan, saya telah berbuat dosa maka ampunkan
bagiku. Allah s.w.t. menjawab: "HambaKu telah berbuat dosa, tetapi ia sedar
mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan
yang dapat mengampunkan atau menuntut dosanya maka Aku ampunkan baginya."
Ini kerana kehormatan Rasulullah s.a.w. Sedang pada
ummat-ummat yang dahulu jika berbuat dosa maka diharamkan apa yang tadinya halal
dan bila seorang berbuat dosa maka langsung dipintu rumahnya ada keterangan
Fulan bin Fulan telah berbuat dosa atau dibadannya. Dan cara taubatnya harus
berbuat sebegini.
Bagi ummat Rasulullah
s.a.w. dimudahkan dengan ayat yang berbunyi: "Waman ya'mal su'an au yadh nafsahu tsumma
yastagh firillaha yajidil-laha ghafura rahiema." (Yang
bermaksud): "Dan siapa yang berbuat dosa atau kesalahan bagi dirinya,
kemudian minta ampun kepada Allah,
tentu ia mendapatkan Allah maha pengampun lagi
penyayang."
Keran itu maka tiap muslim harus bertaubat kepada Allah s.w.t. tiap pagi dan petang.
Mujahid berkata: "Orang yang tidak bertaubat tiap pagi dan petang maka termasuk
orang yang zalim (aniaya) terhadap dirinya sendiri. Sebagaimana wajib juga
menjaga sembahyang lima waktu sebab Allah s.w.t. menjadikan
sembahyang lima waktu itu sebagai penyuci dosa-dosa kecil yang terjadi
sehari-hari dan tidak terasa."
Alqamah dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Seorang datang kepada
Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Ya Rasulullah, saya tadi
bertemu wanita dalam kebun, maka saya peluk dan saya berbuat padanya segala
sesuatu hanya tidak saya zina." Rasulullah
s.a.w. diam sejenak kemudian turunlah ayat yang berbunyi:
"Wa aqimis sholata tharafayinnahari
wa zulafa minallahi, innal hasanati yudz hibnassayyi'at, dzalika dzikra
lidzdzakirin." (Yang bermaksud): "Tegakkan sembahyang pada
waktu siang dan malam, sesungguhnya amal kebaikan itu dapat menghapuskan
sayyi'at kejahatan (dosa), ini sebagai peringatan bagi orang-orang yang sedar
taubat (bagi orang yang akan bertaubat " Surah Hud ayat
114)
Maka dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. dan dibacakan ayat
itu padanya, Umar r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, apakah khusus buat dia
sendiri atau umum buat semua manusia? " Jawab Rasulullah s.a.w.: "Bahkan umum
buat semua orang."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a.
berkata: "Pada suatu malam sesudah sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. saya keluar,
tiba-tiba saya bertemu dengan seorang wanita yang kudung berdiri ditengah jalan,
lalu ia berkata: "Hai Abuhurairah, saya telah berbuat dosa yang sangat besar,
apakah ada jalan untuk taubat?" Saya bertanya: "Apakah dosamu?" Jawabnya: "Saya
telah berzina sehingga mendapat anak lalu sayu bunuh anak itu." Abu Hurairah
r.a. berkata: "Celaka kau dan telah membinasakan, demi Allah, tiada jalan untuk
taubat." Maka ia menjerit sehingga pingsang, lalu saya tinggalkannya, akan
tetapi timbul perasaanku: Saya memberi fatwa padal Rasulullah s.a.w. masih hidup
ditengah-tengah kami, dan pagi harinya saya telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya
Rasulullah, semalam saya diminta
fatwa dalam hal ini dan saya fatwakan kepadanya begini." Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Inna lillahi wa inna ilaihi
raji'un." Demi Allah hai Abuhurairah, engkaulah yang binasa
dan membinasakan, dari manakah engkau hai Abuhurairah?." Dari ayat:
"Walladzina layad'una ma Allahi
ilaha akhara wala yaqtulunnafsal lati har-ramallahu illa bilhaqqi wala yaznuna,
waman yaf'al dzalika yalqa atsama, yudha'af lahul adzabu yaumal qiyamati
wayakhludz fihi muhana, illa man ta ba wa amana wa amila amalan shaliha fa
ula'ika yubaddilullahu sayyi'atihim hasanat, wakanallahu ghafura
rahima." (Yang bermaksud): "Dan mereka yang tidak menyeru
kepada Tuhan yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan
Allah kecuali dengan hak dan tidak
berzina dan siapa yang melakukan semua itu mendapat dosa, bahkan akan dilipat
gandakan siksa mereka, dan kekal dalam siksa itu hina dina kecuali orang yang
taubat, beriman dan melakukan amal yang soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan semua dosa-dosa
mereka dengan kebaikan dan adanya Allah maha
pengampun lagi pengasih." (Surah Alfurqan ayat 68-70)
Maka saya segera keluar berjalan dikota Madinah
sambil bertanya-tanya: "Siapakah yang dapat menunjukkan aku pada wanita yang
tadi malam minta fatwa kepadaku mengenai soal ini dan itu, sehingga anak-anak
mengatakan: "Abuhurairah telah." Sehingga pada malam harinya saya bertemu dengan
wanita itu ditempat yang kelmarin itu, maka segera saya terangkan kepadanya apa
yang disabdakan oleh Rasulullah
s.a.w. bahawa ia dapat bertaubat, maka ia menarik nafas besar kerana
ia gembira lalu berkata: "Hai Abu Hurairah, saya mempunyai sebuah kebun dan kini
saya sedekahkan untuk orang-orang miskin sebagai penebus dosa saya."
Sesungguhnya seorang hamba jika taubat, maka semua dosa-dosanya yang lalu itu
berubah menjadi kebaikan hasanat. Demikian pengertian
ayat 70 surah Alfurqan
itu.
Ibn Mas'ud r.a. berkata: "Pada hari kiamat jika seorang hamba
melihat dalam suratan amalnya pada permulaannya ada maksiat dosa, lalu
diakhirnya hasanat kebaikan, lalu diulang dari mulanya, tiba-tiba terlihat
semuanya hasanat kebaikan. Demikian pula riwayat Abu Dzar Alghifari r.a. dari
Rasulullah s.a.w. serupa dengan
ini dan inilah ertinya: "Allah mengganti dosa-dosa
mereka dengan hasanat."
Sebenarnya tidak ada dosa yang lebih besar dari kekafiran tetapi
Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Qul lilladzina in yantahu yugh far lahum maa qad
salafa." (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang
kafir: Jika kamu menghentikan kekafiran, maka akan diampunkan bagi kamu apa-apa
yang telah lalu."
Alhasan berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda: " Andaikan seorang itu berbuat dosa sehingga
memenuhi apa yang diantara langit dan bumi, kemudian taubat nescaya Allah s.w.t. mengampunkannya."
Abu Yazid Arraqqasyi berkata: "Ketika Abu Hurairah r.a. berkhutbah
diatas mimbar Rasulullah s.a.w.
berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Adam adalah makhluk yang paling mulia disisi
Allah pada hari kiamat. Allah
menyatakan alasan udzurnya tiga macam iaitu:
-
Hai Adam, andaikan Aku tidak mengutuk orang-orang yang dusta dan membenci dusta serta mengancam siksa atasnya dan telah menjadi putusanKu akan mengisi penuh neraka jahannam dengan jin dan manusia semuanya, nescaya Aku memberi rahmat kepada turunanmu semua pada hari ini.
-
Hai Adam, sungguh Aku tidak menyiksa turunanmu dengan api neraka kecuali orang yang Aku ketahui bahawa sekiranya Aku kembalikan ia kedunia pasti ia akan kembali kepada kejahatannya dan tidak bertaubat.
-
Hai Adam, Aku jadikan kau sebagai hakim antaraKu dengan anak cucumu, berdirilah kau didekat timbangan, perhatikan apa yang terlihat padamu dari amal, maka siapa yang lebih berat amal kebaikannya meskipun hanya seberat semut, maka ahli syurga, supaya kau ketahui bahawa Aku tidak memasukkan kedalam neraka kecuali orang yang zalim.
Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Suratan amal itu tiga perkara iaitu
-
Suratan amal yang diampunkan oleh Allah s.w.t.
-
Suratan amal yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.
-
Suratan amal yang tidak ditinggalkan sedikitpun daripadanya
Adapun yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t., maka syirik
mempersekutukan Allah s.w.t.. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi):
"Innahu man yusyrik billahi faqad harrama
Allah alaihil janna ta wama'wahunnar." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya
siapa yang mempersekutukan Allah maka
Allah akan mengharamkan padanya syurga
dan tempatnya didalam neraka. Adapun yang diampunkan oleh Allah maka dosa seseorang terhadap Allah antara dia dengan Allah. Adapun yang tidak ditinggalkan
sedikitpun maka dosa seseorang terhadap sesama manusia maka harus dibalas dan
dikembalikan tiap hak kepada yang berhak."
Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiap hak harus dikembalikan kepada yang berhak pada hari kiamat sehingga
diberi kesempatan bagi kambing yang tidak bertanduk untuk membalas kambing yang
bertanduk untuk menanduknya. Kerana itu jika dosaku dengan sesama manusia, maka
hendaklah diselesaikan dengan baik didunia, adapun kalau antara dia langsung
dengan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. maha pengampun lagi mudah memaafkan
asalkan mahu bertaubat. Sebab tiap hak sesama manusia harus dikembalikan,
jika tidak dikembalikan didunia maka harus dibayar (diganti) dengan hasanat
kebaikan amal yang telah dilakukan pada hari kiamat.
Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Tahukah kamu siapakah yang pailit dari ummatku? Jawab sahabat:
"orang yang pailit itu ialah habis bersih harta kekayaannya dan belum terbayar
semua hutangnya sehingga tidak punya harta dan perkakas (perabut rumah). Rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang yang
pailit dari ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan lengkap
sembahyang dan puasanya tetapi ia telah mencaci maki si ini dan menuduh pada si
itu dan makan harta si ini dan menumpahkan darah si itu, maka semua orang yang
telah habis hasanahnya sebelum terbayar semua orang yang dianiaya itu dan
ditanggungkan kepadanya, kemudian ia dilempar kedalam neraka."
Kami mohon kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. memberi taufiq
untuk tetap pada taubat.
Muhammad bin Sirin berkata: "Awaslah, jangan sampai kau berbuat
kebaikan kemudian kau tinggalkan, sebab tidak ada seorang yang taubat lalu
kembali kepada dosanya beroleh keuntungan. Kerana itu yang telah taubat
hendaklah mengingati selalu pada dosanya, seakan-akan dimuka matanya, supaya
tetap bertaubat, banyak membaca
istighfar dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t. hanya kepadaNya dapat bertaubat, juga memikirkan
apa yang dijanjikan oleh Allah
s.w.t. daripada nikmat diakhirat bagi orang yang beramal soleh,
supaya rajin beramal soleh dan menjauhi dosa."
Zaid bin Wahb dari Abu Dzar r.a. berkata: "Saya bertanya: "Ya
Rasulullah, beritahukan kepada
kami apa yang tercantum dalam Suhuf Musa?" Rasulullah s.a.w. berkata: "Didalamnya
ada enam kalimat iaitu:
-
Saya hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa?
-
Saya hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana dapat bergembira?
-
Saya hairan pada orang yang yakin akan adanya hitungan amal, bagaimana ia melakukan dosa?
-
Saya kagum pada orang yang percaya pada takdir (ketentuan Allah s.w.t.), bagaimana ia bersusah payah?
-
Saya kagum pada orang yang melihat segala perubahan dunia, bagaimana ia condong kepadanya?
-
Saya ajaib pada orang yang yakin pada syurga, bagaimana ia tidak berbuat baik?
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.
Pada suatu
hari Abdullah bin Mas'ud r.a. berjalan-jalan dikota Kufah, tiba-tiba bertemu
dengan orang-orang fasiq sedang berkumpul minum khamar dan ada penyanyinya
bernama Zadan. Ia memukul rebana sambil bernyanyi dengan suara yang merdu.
Abdullah bin Mmas'ud berkata: "Alangkah merdunya suara itu andaikan digunakan
untuk membaca Al-Quran." dan Abdullah terus berjalan. Tiba-tiba Zadan terdengar
apa yang dikatakan oleh Ibn Mas'ud itu lalu ia bertanya kepada orang-orang:
"Siapakah orang itu?" Dijawab oleh orang-orang: "Itu Ibn Mas'ud, sahabat Rasulullah s.a.w.." Lalu ia berkata
apakah?" Tanya Zadan. Jawab orang-orang itu: "Ia berkata, alangkah merdu suara
itu andaikan digunakan untuk membaca Al-Quran."
Perkataan itu benar-benar meresap dalam hati Zadan sehingga segera
ia berdiri dan membuang rebana yang ada ditangannya lalu lari mengejar Ibn
Mas'ud dan mengikat saputangan dilehernya sendiri sambil menangis dihadapan Ibn
Mas'ud, maka dipeluk oleh Abdullah bin Mas'ud dan bersama-sama menangis,
kemudian Abdullah bin Mas'ud berkata: "Bagaimana saya tidak akan sayang pada
orang yang disayangi Allah
s.w.t." Lalu ia tetap taubat dan selalu mendekati Abdullah bin
mas'ud untuk belajar ilmu Al-Quran sehingga menjadi orang alim yang banyak
meriwayatkan hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a..
Abul Laits berkata: "Saya mendapat cerita dari ayahku, bahawa
dimasa Bani Iisrail dahulu ada seorang wanita pelacur yang sangat cantik dan ia
selalu duduk diatas dipan didalam rumah yang selalu terbuka pintunya,
sehinggakan tiap orang yang berjalan dimuka pintunya pasti tertarik kepada
kecantikannya dan siapa yang akan masuk diharuskan membayar sepuluh dibar. Maka
pada suatu hari ada ahli ibadat berjalan dimuka pintunya dan ketika menoleh
kedalam pintu terlihat olehnya kecantikan wanita itu yang sedang duduk
didipannya, maka ia sangat tertarik pada wanita itu, tetap ia berdoa semoaga
Allah s.w.t.
menghilangkan kerisauan hatinya yang selalu teringat pada wanita itu. akan
tetapi oleh kerana perasaan hatinya tidak hilang akhirnya ia berusaha mencari
wang sehingga terpaksa menjual beberapa kainnya dan setelah terkumpul sepuluh
dinar ia datang kemuka pintu itu tetapi oleh wanita pelacur itu disuruh
menyerahkan wangnya kepada wakilnya dengan janji supaya ia datang pada waktu
yang ditentukan.
Maka tepat pada waktunya ia datang, sedang wanita itu telah
berhias dan duduk menantikannya diatas ranjangnya, maka masuklah orang abid itu
dan duduk bersama wanita itu diatas ranjang dan ketika sedang menghulurkan
tangan pada wanita itu, tiba-tiba ia teringat bahawa Allah s.w.t. sedang melihatnya dalam
perbuatan yang haram, yang mungkin akan menggugurkan semua amal perbuatan ibadat
yang telah lalu itu, seketika itu juga ia gementar dan pucat mukanya, maka
ditanya oleh wanita itu: "Mengapa kau berubah pucat, terkena apakah engkau?"
Jawabnya: "Saya takut kepada Tuhanku
kerana itu izinkan aku keluar." Wanita itu berkata: "Celaka kau,
banyak orang ingin mendapat seperti kau ini, maka apakah yang menyebabkan kau
begini?" Jawabnya: "Saya takut kepada Allah s.w.t., sedang wang yang sudah
saya berikan kepadamu itu halal, izinkan saya keluar dari sini." Maka ditanya:
"Apakah engkau belum pernah berbuat begini?" Jawabnya: "Belum pernah." Lalu
ditanya: "Siapa namamu dan dari manakah engkau?" Lalu diberitahu nama dan tempat
daerahnya, lalu diizinkan keluar, maka keluarlah abid itu dari tempat itu sambil
menangis dan melatakkan tanah diatas kepalanya, sehingga terpengaruh wanita itu
ketika melihat abid itu menangis dan berkata dalam hatinya: "Ini orang pertama
kali akan berbuat dosa sudah merasa takut sedemikian dan saya berbuat dosa
bertahun-tahun, padahal Tuhannya iaitu Tuhanku, maka seharusnya aku
lebih takut daripadanya." Maka sejak itu wanita itu taubat dan menutup pintu
rumahnya dari segala orang, untuk melakukan ibadat semata-mata, kemudian setelah
ia ibadat, timbul perasaan dalam hatinya: "Sekiranya saya pergi kepada iorang
abid itu, kalau-kalau ia mahu mengahwini aku sehingga aku dapat belajar agama
darinya dan membantu saya dalam beribadah." Lalu ia bersiap-siap membawa harta
dan budak-budaknya sehingga sampai kedusun si abid itu, dan ketika diberitahukan
kepada abid itu ada wanita mencarinya, maka keluarlah abid itu untuk menemui
tamunya, dan ketika wanita itu melihat abid itu segera ia membuka tudung mukanya
supaya segera dikenal, tetapi ketika abid itu melihat wanita itu, teringat akan
kelakuannya dahulu, maka ia menjerit sekuatnya sehingga mati ketika itu juga.
Maka wanita itu tinggal sedih dan berkata: "Saya ini datang kemari untuknya dan
kini telah mati, apakah ada keluarganya yang mahu kawin kepadaku?" Dijawab: "Ada
saudaranya seorang soleh tetapi tidak punya apa-apa (miskin)." Berkata wanita
itu: "Tidak apa sebab saya cukup harta." Maka dikawin oleh saudaranya abid itu
sehingga mendapat tujuh anak laki-laki yang kesemuanya menjadi nabi-nabi Bani
Israil. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment