Wednesday 19 October 2011

WASIAT IMAM SHAFIE


- 10 WASIAT IMAM SHAFIE -

-------------------------





Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"



Pertama : Hak Kepada Diri

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.



Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut

Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi,

membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



Ketiga : Hak Kepada Kubur

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan

membantu orang yang dizalimi.



Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.



Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.



Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pAda Hari Akhirat)

Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.



Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta

sembunyi dan memperelokan akhlak.



Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)

Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada

melakukan maksiat.



Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW

Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat,

dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.



Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment