Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan
orang mukmin tersebutpun menjawab salamnya.
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak
disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu
itu”
Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat
maut”
Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian
lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh
yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”
Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan
dulu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku
tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan
aku hendak bertemu denganNya”.
Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau
kehendaki aku mengambil nyawamu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan
kehendakku ?”
Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab
memang aku diperintahkan begitu”
Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut !
Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku
ketika aku sujud”
Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika
beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.
No comments:
Post a Comment