1.Siapakah orang yang
sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi Sulaiman a.s.
2. siapakah orang yang manis
senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.”
Lalu sambil berkata, “ ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil
mengukir senyuman.
3. siapakah orang yang
kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.
4.siapakah orang yang
miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas
dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpul-ngumpul harta.
5. siapakah orang yang
rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.
6. siapakah orang yang paling
cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
7. siapakah orang yang
mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
8. siapakah orang yang
mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya
menghimpitnya.
9. siapakah orang yang
mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari seksa neraka.
10. siapakah orang yang
bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang menyampaikan
seberang ilmu dan maklumat berguna yang diperolehinya kepada orang lain.
Jadi, dimanakah kita dari 10 kelompok ini?
Renung2kan…^_^
No comments:
Post a Comment