Wednesday 19 October 2011

BUAT SAHABATKU SAYANG


BUAT SAHABATKU SAYANG…..           

Buatmu sayang….Ingatlah sayang …dengn kehidupan inilah yang akan membawa dirimu menuju akhirat yang kekal abadi..

sayang…


ingatlah sayang...

dengan kecantikamu dirimu lebih elok dari mentari yang menyinari alam ini... tika akhlak membaluti dirimu..kau lebih harum dari haruman...dengan rendah dirimu..kau lebih tinggi dari rembulan...dengan kelembutan dirimu kau lebih halus dari rintik hujan..pertahankanlah keindahan cemerlang anugerah ILAHI..agar berterusan menjadi sayap kiri perjuangan...jadilah qurratu a’yun dan qurratu aini kepada Islam yang agung..penegak kalimah ALLAH  yang agung..

       sahabatku sayang...

ALLAH menjadikan hari kita dengan penuh kehidupan...penuh pengertian..tika kita di uji ingatlah itu sebagai tanda kasih kepada hamba-hambanya kerana DIA  MAHA tahu apa yang lebih  baik untuk dirimu dan apa yang terbaik untuk dirimu..

      Sahabatku yang sentiasa dihati...

jadilah hamba yang taqarrub billah..bibirmu kan basah dengan zikrullah..fastabiqul khairat ya ukhti...

sahabat..perkenalan ini membawa seribu hikmah pada diriku..kerana dirimu sahabat yang ku percayai..untuk bersama menuju jannati...maafkan segala mazmumah Yang ku lakukan kerana di situlah terjalinnya ukhuah kerana ALLAH... ????.khas buatmu yang kusayangi...



baitul muslim  yang penuh dengan tarbiah menjadi impian setap insan



<><> <><> <><> <><>


YA ALLAH… ingin sekali aku mendiami baitul muslim yag menjadi impian kepada setiap insan yang soleh dan solehah yang mendambakan kasihmu..ingin sekali aku melakar kisah baitul muslim yang penuh dengan Tarbiah dari pencipta..




Ya RABBI…temukan aku dengan insan-insan  yang hati-hatiya berhimpun mengharapkan kasih darimu…temukan aku dengan pembimbing untuk menuju kejannahmu…

Alangka indahnya jika baitul muslim impian di serikan  dengan wangian fastabiqul khairat…



Ya RAHIM… serikan baitul muslim impian dengan kasih sayang yang tulus dan halus..agar rahmat melingkari sentiasa..serian baitul muslim impian dengan alunan zikrullah dalam setiap lisan insani, degupan nadi,..

Ya RAHMAN…

Kuatkan akidah insani agar baitul muslim impian kekal dan melahirkan bungaan dan tunjang agama..jauhkan hati ini dari mendapat cinta yg palsu dengan duniawi..kuatkan hati ini agar tak alpa dari mencintaimu,agar tak alpa untuk meneruskan sunnah kekasihmu..ku mohon agar kasih suci yang tertinggi ini hanya untukMU ILAHI agar kalam mulia AL-QURAN  sentiasa di hati…berakar umbi segenap nadi..kan diluah untuk membentuk peribadi kerana sesungguhnya itulah panduan yg hakiki..Impian yg dinanti..SERIKANDI UMAR..NUR MUJAHID.

<><> <><> <><> <><>


  MUJAHID ISLAM….


Dirimu bak langit yg menaungi keindahan Islami…satukan dirimu dengan semangat Umar Al-Khattab yang tidak gentar dalam menegakkan kebenaran..tidak gentar menegakkan kalimah ALLAH  di muka bumi..

ya mujahideen..

siapkan dirimu segagah Hamzah yang berjuang bagai singa ALLAH..

demi menentang kebatilan yang kian berakar umbi…wahai pejuang agAma ALLAH…

persiapkan dirimu merebut syuhada’ yang menjadi impian mujahid fi sabilillah…



bangunkan hati2mu…

dari lena yang sia2 dan hanya di penuhi impian yang belum pasti sedangkan hakiki terbentang menjadi kehidupan reality..



wahai akhi kebanggaan agama…

walau tidak berjuang di medan perang..jadikanlah medan yang di tempuhi sebagai medan untuk kita terus mengabdi.

Menjadi pentas keteguhan melawan arus yg kian mendarah daging menandingi kesucian agama….



wahai akhi kebanggaan ummi..   

jadilah dirimu ibarat tembok kukuh yg kan menjadi pelindung ummi dan ukhti yang memerlukan…jadikn dirimu ibarat mentari yang memberi manfaat kepada seluruh alam…jadilah dirimu rembulan yang masih menerengangi alam walaupun   kelam malam menjadi halangan…tetapkan hatimu menjadi teras penaung agama..agar Islam kembali gemilang…himpunkan hati2 menuju cinta ILAHI…

No comments:

Post a Comment