✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
seperti tanduk besar) yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang
Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya
sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil
a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam
keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati
mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka
hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti
guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki
(bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia
sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan
tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit
yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau
hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan
peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000
tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika
diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat
tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,
warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai
saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya
matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka
ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada
perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ-
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki
yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut
pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat
lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan
para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam
a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi
Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya
sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat
besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang
dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy
umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab
amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman
Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali
dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu
pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW
dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan
akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah
amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi
Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang
Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam
syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar
zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah
SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin
oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang
yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju
syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut
yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh
berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000
tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti
kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang
tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal
Abidin Muhammad Al- Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika
sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada
sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat. ❞
T_T
ReplyDeletebw here sambil follow awak.. nice info.. insya'allah.. :)
ReplyDelete