Kau
datang ketika duka...
Dan
bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga.....
Ku
haus ditengah laut
Lemas
mencari tempat berpaut
Kirimkan
aku kekuatan..
Satu
pedoman di kesesatan.
Ku
sunyi dalam gembira...
Perit
pedih tanggung derita,
Sungguh,
aku bukan wali...
Yang
suci dari hina dan benci.
Telah
lama aku mencuba
Telah
banyak cinta yang kudamba
Tiada
sempurna hanyalah fana...
Tuhan
ampuni hambaMu!
Ku
rebah didada malam...
Memecah
dendam yang lama diam.
Kutanggalkan
baju dunia..
Dakapku
dengan selimut syurga,
Ya
Tuhanku hanya padaMu...
Tempat
mengadu segala rindu,
Limpahiku
rahmat kasihMu,
Dalam
Tahajjud cintaku bersujud.....
Ya
Allah....beri ku kekuatan untuk segala yg kutempuh...
Kekasih
yg agung...Allah SWT. Sejauh mana pun kita berlari tinggalkanNya, Dia tak pernah
tinggalkan kita walau sesaat. Kita leka dibuai mainan dunia. Tapi Dia sedikit pn
tak pernah melupakan kita. Bahkan Dia sulami hari-hari kita dgn setiap
petunjukNya agar kita berubah menjadi insan yg soleh dan solehah...agar tetap
berdiri dalam paksi yg benar. Sungguh kita terkadang lalai. Tapi kita mengakui
kelalaian tu. Mengapa kita berhenti?
Diri
ini juga, bukan seorang yg berdiri tegak tepat dalam melaksanakan syariat. Ada
yg tunggang langgang bak guli bertebaran dan terkadang org lain tersadung dek
krn lalainya diri dan hati. Kerana itu, diri ini dan sahabat2 yg lain pasti
perlukan bimbingan dan didikan. Mengapa kita menginginkan yg sempurna? Sedang
kita tahu sempurna itu bukan milik kita? Tahukah anda, dan diri sndri..bahawa,
banyak sudah hati merana kerana angkuhnya kita dibumi pinjaman Allah SWT?
Aku
malu....malu dgn Allah SWT. Sungguh. Kerana tugas yg diberi tak pernah kugalas.
Kalian sudi membantu? Jangan menggeleng. Bantuan tak mengira siapa dia..kenapa
sukar untuk berlaku adil? Dan sujud di tikar sajjadah menjadikan kita insan yg
mengakui dosa. Esakan kalian takkan mengubah sejarah lalu. Tapi yang pasti,
menghimpunkan salahmu pada Dia akan meyakinkan ketaubatanmu padaNya. Dia
rindu...sungguh kataku. Dia rindu akan rintihanmu wahai manusia..tapi kenapa kau
ego tatkala ujian menghambur ke wajahmu?
Satu
persatu ujianNya datang. Akankah goyah pendirianmu? Mengapa enak dibuai cinta yg
fana...Mengapa kau tergugah krn cinta yg fatamorgana?? Kenapa kau lepaskan
lelahmu pada tangisan yg penuh sia-sia. Menangislah hati kerana Allah, dan jika
dirmu tak mampu menangis krn Allah SWT, maka kau menangislah atas ketidakmampuan
mu itu. Sungguh kejam perilaku. Menonong hati tanpa rasa bersalah. Jiwa sudah
pekak. Hati sudah bisu. Mengapa? Kerana dunia...
Dunia
tak pantas ditangisi. Kerana ia bakalan musnah. Jadi mengapa kau berdiri sepi
lagi. . . ?
Sabarlah..itu
setiap ucapan dari sahabat2. Tapi yg menanggung ada yg lebih perit tidak
terluah. Makanya, kau luahkan pada Dia! Jangan kita enak dibuai mimpi syaitan
waktu itu. Cuba kawan, cuba saudara, cuba sahabat, cubalah diri!! Bangun dan kau
akan rasa..sajjadah yg berhabuk, lama kau tinggalkan cukup sejuk utk dicium dan
menempelkan wajahmu atas sujud tahajjud cintamu...
Percayalah...yg
sakit dihati akan berlalu pergi, dan yg tinggal kemanisan bercinta dgn
Illahi.
Wassalam.
Warkah
dari sahabatmu, yusuf hanapi
No comments:
Post a Comment