Sunday 8 July 2012

warkah buat zaujah ku....




                warkah buat bakal Zaujahku   


Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan engkaukan sentiasa sihat dan bergembira walau dimana pun dikau berada.

Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan warkah ini menjadi pengikat kasih dan salam taaruf antara kita.

Ku nukilkan warkah ini buat bakal bidadari duniaku, dengan harapan warkah ini menjadi pengubat rindu dan hembusan semangat kita dalam menghadapi ujian dan cabaran dari cinta kita.


tiada apa yang mampu ku titipkan buatmu bakal zaujah ku... hanya nasihat yang berguna buat pegangan diri, kini dan selamanya...moga Allah perkenankan niat baik kita...

jaga diri, kesihatan, iman dan hati kita.. moga sentiasa mendapat keberkatan darinya dalam meneruskan langkah kita yang seterusnya.. moga redha Allah bersama, bukan murka Allah...ya Allah permudahkan dan percepatkanlah dia buat ku jika dia milikku...buka kan lah pintu hati kedua orang tua kami untuk menerima niat ini...ya Allah.... sesungguhnya engkau lebih mengetahui...

jika dia bukan milikku.... maka berilah petunjuk secepat yang mungkin bahawa dia bukan lah milikku...kerana diri ini tidak sanggup melakukan sesuatu yang menyebabkan kemurkaanMu....aku tidak mengharapkan dirimu sebaik khadijah, bukan sehebat Aisyah, tidak secekal fatimah, kerana diri ini tahu,diri ini tidaklah layak untuk memilikimu walaupun tidak setanding mereka....namun diri ini tahu...agama yang menjadi penyatu dua insan...

umur dan jarak bukanlah satu penghalang buat diri ini untuk terus berdoa untuk memilikimu....umur dan jarak hanya angka yang tidak akan memisahkan dua kasihantara adam dan hawa, ibrahim dan siti hajar, dan muhammad dan khadijah.......yakinkan aku dia milikku....
ameen...ameen...ameen...ya Mujib.......

No comments:

Post a Comment