Tuesday, 11 October 2011

PESAN ROH KEPADA MANUSIA


Pesan Roh Kepada Manusia

    Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

    Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
    "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

    Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

    Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
    "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.



MENGENALI JIWA WANITA




Seandainya makluk Adam di muka bumi ini merupakan suatu makluk yang sukar dicarikan jawapannya, maka makhluk Hawa adalah makluk yang lebih komplek dan sulit. Semakin jauh difikiran semakin payah dijawab. Malah ilmu psikologi yang sudah begitu maju dan telah begitu maju dan telah berjaya menyelami jiwa manusia pun mengakui kelemahannya untuk mengenal dan memahami jiwa kaum Hawa.
Dalam rencana ini kita akan cuba mendedahkan beberapa sikap kaum wanita yang merupakan sebagai titik perbezaan di antaranya dengan kaum lelaki.
Pada pendapat saya wanita akan berasa marah seandainya tidak diperolehi kerelaannya lebih dahulu, sebaliknya pula dia akan berasa rela seandai kemarahannya tidak ditimbulkan.
Fenomena ini memberikan penjelasan kepada kita terhadap banyak tingkah laku wanita. Umpamanya, wanita itu penjemu, pembosan, lekas gelisah, sering marah kepada teman-teman, kepada keluarga, kepada suami malah kepada dunia seluruhnya. Wanita sentiasa mahu orang lain berusaha sedaya-upaya menimbulkan kerelaannya dalam apa cara dan bentuk.
Bertanyalah kepada seorang jejaka yang sedang dilamun cinta, bagaimanakah dia menanggung penderitaan kerana menyintai kekasihnya itu. Atau kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Atau kerana tabiat kekasihnya yang lekas jemu dan kerana kekasihnya yang terlalu manja? Dan bagaimanakah usahanya untuk memenangi hati kekasihnya?
Bertanyalah kepada seorang suami bukankah isteri itu seperti suatu samudera yang sebentar gelora dan sebentar tenang? Tidak pernahkah sewaktu pergi kerja di waktu pagi dia meninggalkan isterinya dalam keadaan yang riang gembira dan apabila dia pulang di waktu petang dia dapati isterinya marah-marah kerana sebab-sebab yang remeh atau tanpa sebab sama sekali? Tidakkah sering isterinya memarahinya, memarahi orang gaji, memarahi anak-anak dan setiasa mencari sebab untuk marah tampa mengira masa daan tempat, dan andainya bertemu dengan seribu satu sebab yang boleh menimbulkan kerelaan hatinya dan satu sebab sahaja yang boleh menimbulkan kemarahannya, sebab yang satu iniakan menguasai seluruh jiwa raganya?
Saksikanlah hasil-hasil sastera dan seni yang ada pada hubungan dengan wanita. Anda akan bertemu dengan kata-kata cumbuan kaum lelaki merayu belas kasihan wanita,ratapannya terhadap sikap wanita yang kejam, lekas menolak dan merasa jemu serta tangisannya kerana dia dikhianati oleh wanita kekasihnya. Andainya lelaki itu berasa bahagia dengan kerelaan kekasihnya untuk beberapa ketika yang pendek, maka dia akan mengalami penderitaan untuk bertahun-tahun lamanya.
Perangai wanita lebih teryata di dalam banyak perkara-perkara lain umpamanya dia lebih gemar mengejar hiburan seperti menonton wayang, sandiwara, menghadiri pesta-pesta dan sebagainya. Tujuannya menggemari perkara-perkara ini adalah untuk melenyapkan rasa bosan dan jemu. Malah wanita adalah lebih membenci hidup kesorangan daripada lelaki. Sebab itulah kebanyakan wanita lebih suka berjalan ke sana ke sini.
Wanita juga gemar menukar fesyen, dan fesyan ini bolehlah dikata berubah setiap tahun sama ada pakaian, gaya rambut, kasut dan sebagainya. Kegemaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita mahu memaksa lelaki supaya memujuk dan memanjakannya, dan mencipta terus-menerus sesuatu yang baru baginya agar dengan demikian rasa jemu akan hilang dari dalam hidupnya. Di samping itu pula wanita dianggap sebagai ketua yang kejam sama ada di rumah atau di sekolah atau di pejabat. Kekejaman ini adalah semata-mata didorong oleh keinginannya untuk menghilagkan rasa bosan dan jemu juga, tetapi perlu disebutkan biasanya wanita akan menunjukkan sikap yang lebih kejam ke atas wanita lain daripada ke atas kaum lelaki. Ini ialah kerana di dalam lubuk hatinya masih tetap tersimpan sesuatu perasaan bahawa kaum lelaki itulah yang sebenarnya dapat melenyapkan rasa kebosanannya dan kejemuannya.
Sebab itulah wanita dikatakan sentiasa memikir untuk memenangi hati lelaki dan setengah-setengahnya sampai berusaha sedaya -upaya untuk mempesona dan memerangkap lelaki agar mengahwininya. Tetapi disebalik itu pula rasa cinta kepada rumahtangga, kepada kehidupan yang tetap dan stabil dan cinta kepada anak-anak adalah lebih meresap di dalam hati lelaki daripada kaum wanita. Untuk memikat kaum lelaki, wanita tidak teragak-agak menggunakan daya penariknya kerana dia sedar bahawa kaum lelaki mempunyai suatu titik kelemahan iaitu mudah terpesona dengan kecantikan wanita. Ini yang menyebabkan sesetengah wanita akan melakukan apa saja untuk menarik minat lelaki tersebut.
Tetapi apakah yang menyebabkan wanita merasa jemu, bosan dan marah?
Pada pendapat saya, sebabnya ialah kerana wanita ini merupakan makhluk yang introvert, sentiasa memikirkan tentang dirinya sahaja dan sangat kurang memikirkan perkara-perkara di luar dirinya.
Sesetengah wanita pula sejak kecil lagi sudah ternanam dalam fikirannya bahawa kaum wanita mesti mempunyai kebebasan diri yang penuh dan mesti bekerja mencari makan agar tidak terkongkong di bawah kekuasaan lelaki, kerana dia menganggap kaum lelaki ialah makhluk yang penipu dan amat bahaya. Oleh itu wanita mesti berusaha mendapatkan kebebasannya dengan apa cara sekali pun. Dia akan menyeru kaum sejenisnya supaya memberontak di atas kekuasaan lelaki yang dianggapnya palsu. Walau pun perbuatan ini akan menyebabkannya membayar harga yang mahal sekali dan boleh dinafikannya dari memperolehi kebahagiaan di dalam hidup. Bagi wanita pemberontakkan terhadap lelaki itu ialah suatu tugas yang amat murni.
Kemudian di sana terdapat pula wanita-wanita yang berasa malu dengan sifat 'lemah' yang sering di katakan kepada mereka, dan lantas cuba meniru tingkah laku lelaki dan berlagak sebagai mempunyai kekuatan jasmani yang sama. Inilah sebabnya tidak jarang kelihatan wanita-wanita yang memakai seluar panjang lelaki, memakai kasut lelaki dan enggan menerima sebarang pertolongan tulang urat dari hak lelaki walau pun keengganan ini bertentangan dengan adat sopan pergaulan. Wanita- wanita ini yang tetap jelas kelihatan unsur kewanitaannya akan cuba berlagak seperti kaum lelaki sewaktu berkomunikasi dan bersosial. Disamping itu mereka akan terus menasihatkan kaum sejenisnya supaya melayani kaum lelaki dengan cara kasar dan jangan menunjukkan kelemahan yang ada pada mereka. Wanita-wanita jenis ini tidak banyak berbakti kepada dunia dan masyarakat dan malah kebanyakkannya menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab.
Wanita tidak boleh menolak kelemahannya sama sekali. Di lapangan seni lagu umpamanya boleh di katakan purata wanita-wanita adalah memainkan peranan sebagai penyampai lagu-lagu yang di gubah oleh penggubah-penggubah lelaki. Ini tidaklah menafikann kebolehan kaum wanita di lapangan kehidupan-krhidupan yang lain, tetapi kebolehan ini sangat terbatas dan perlu pula kerjasama dari pihak lelaki.
Untuk menjadi lelaki memang mustahil, lebih-lebih lagi tuhan telah membahagikan makhluk manusia kepada jenis lelaki dan wanita. Dan setiap jenis itu mempunyai tempat, tugas dan aliran tertentu di tengan-tengah kehidupan dan masyarakat. Tugas wanita adalah selaras dengan naluri dan bentuk kejadiannya. Lapangan yang paling sesuai baginya ialah menjadi suri rumahtangga dan ibu. Mengatur dan menyusun hal ehwal di dalam rumah. Melahirkan anak- dan mengadakan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kerehatan dan ketenangan pihak lelaki. Wanita mesti pandai memainkan peranan kekeluargaan agar tecapai matlamatnya yang pertama dari kewujudannya di muka bumi ini iaitu menyebarkan kebahagian muhibah dan perdamaian sesama manusia.
Dari sejak mula lagi wanita sering memikirkan tentang kecantikkan dan keburukkannya, sering bercermin untuk menyakinkan kejelitaannya. Sentiasa menyisir rambut dan berhias. Sentiasa ingin tahu hari depannya. Sering menyebut-nyebut tentang perkahwinan. Sering berangan-angan tentang bakal lelaki pujaannya. Sering mengawasi setiap langkah suami. bahan bacaan yang paling digemarinya ialah yang dapat menghidupkan emosinya. Tentang sesuatu yang cerminkan keadaannya dan keadaan-keadaan wanita sepertinya. Sementara bahan-bahan yang tidak ada hubungan dengannya atau pengertian-pengertian yang abstrak tidak akan mendapat tempat di hati wanita.
Selain daripada itu wanita juga gemar membaca fiksyen yang mencerminkan sifat-sifat yang mulia dan nilai-nilai yang ideal terutama kalau di dalam cerita itu terdapat tanda-tanda kerjasama walaupun cerita tersebut pada keseluruhannya tidak mempunyai nilai sastera. Tetapi anda salah sangka. Kegemaran ini menunjukkan yang wanita itu mempunyai moral dan akhlak yang lebih suci dari lelaki. Pakar-pakar psikologi dan pendidikan telah membuktikan bahawa lelaki dan wanita sama saja tarafnya di lapangan penipuan, pendustaan dan pencurian.
Wanita-moden mudah terpengaruh dengan tamadun barat secara melulu dan sering membuat tafsiran yang salah tentang pengertian sama taraf sehingga mereka meminta supaya mereka diberi hak yang sama seperti lelaki, walau pun menyentuh maruah dan nama baik mereka. Andainya ditanya mengapa mereka begitu ambisus dalam hal ini? Mereka menjawab tidak ada sebarang jurang yang memisahkan diantara kaum lelaki dan kaum wanita. Tetapi mereka perlu ingat bahawa bentuk kejadian wanita tidak mengizinkan mereka berlagak sebagai lelaki. Pembebasan wanita di bidang akhlak dan moral pasti menyebabkannya kehilangan naungan sosial terhadap dirinya. Sesuatu keluarga tidak mungkin wujud di tengah-tengah keruntuhan akhlak pihak yang bertanggungjawab terhadapnya. Mengapakah wanita mesti menjadi alat peruntuh yang durjana sedangkan dia di harap menjadi lambang kemuliaan budi perkerti dan tingkah laku yang mesti dicontohi?



MENGAPA WANITA MENANGIS???






    MeNgApA WaNiTa MeNaNgiS??? WaJiB bAcA!!!
 
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada
ibunya "Mengapa engkau
menangis?"

"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu
kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau
tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada
ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu
yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi
seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang
dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-
anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi
kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi
suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
kapan pun ia butuhkan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita BUKANLAH dari PaKaIaN
yang DiKeNaKaNnYe, SoSoK yang ia TaMpIlKaN,
atau bagaimana ia MeNyIsIr rAmBuTnYa."

"KECANTIKAN seorang wanita harus DiLihAt DaRi
mAtAnYe, karena itulah PINTU
HATINYA - tempat dimana CINTA itu ada."

Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang
Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan
Sejarah Wanita.

Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan
terjadi.

Anda akan menambah harga diri wanita!
Setiap Wanita itu Cantik.

KEKASIHKU SUBUH...



Kekasihku Subuh


Assalamualaikum


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku. "Assalamualaikum", seru Subuh.



"Wa'alaikumsalam", sahutku.


Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.


"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.


Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."


Dan airmata Subuh pun berlinangan.


"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?


Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.


"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".


Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.


Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.


"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.



"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.



Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?



Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.


"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".


Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana
aku menguliti mimpimu".


Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.



"Assalamualaikum", seru Subuh.



"Waalaikumsalam", jawabku kembali.


Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak?
Jawapannya... tersirat dalam diri.