Tuesday 27 September 2011

Diantara Dua Tangisan





Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dhiasi tangisan.Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu.Mereka tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru di dunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini dengan bercucurlah darah dan titisan air mata.


Dua titisan Yang Dicintai Allah,
Airmata adakalanya penyubur hati,penawar duka.Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor dilimpah.Namun setitis air mata kerana takut kepada Allah persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan RasulNya,bukan semata kerana harta dan kedudukan.


Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang."Alangkah sempitnya kuburku," keluh seorang batil.Sebalikny,"Alangkah sedikitnya hartaku", kesal si hartawan (pemuja dunia).


Dari  mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan.Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat,mengalirkan air mata keinsafan mengharap kemenangan,serta rindu akan Rasul-Nya.

Tangis adalah basahan hidup,justeru hidup dimulakan dengan tangis,dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis,Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sabda Rasulullah SAW :Ada dua titisan yang Allah cintai,pertama titisan darah para syuhada dan titisan airmata yang jatuh kerana takutkan Allah.


Nabi Muhammad bersabda lagi:Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para Wali.


Oleh kerana itu berhati-hatilah dalam tangisan kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.


Nabi SAW bersabda: Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbul rasa takbur.


Banyak Menangis dan Sedikit Ketawa.


Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan.Ketawa seorang ulama dunia hilang ilmu, hilang wibawanya.Ketawa seorang jahil,semakin keras hati dan perasaanya.
Nabi Muhammad bersabda:Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.


Seorang Hukama pernah bersyair: Aku hairan dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.


Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.


Nabi SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.


Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai.Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai.Nikmat disambut ria,kedukaan menjemput duka.


Namun Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:


Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ianya amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.


                                                                                                                              (Al-Baqarah:216)


Bukankah Nabi pernah bersabda: Neraka dipagari nikmat,Syurga dipagari bala.


Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari.Kerana engkau belum tahu,nasibmu dihisab kanan atau hisap kiri.Disana lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan.Kenangilah,sungai-sungai yang mengalir itu banjiran airmata Nabi Adam yang menangis bertaubat,maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang ,aku takut akulah orang itu.


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya:Kenapa engkau menangis?


Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang, jawabnya.


Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata:Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.


Ibnu Mas'ud r.a berkata: Seorang yang mengerti Al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya diwaktu orang lain tertawa.Diamnya diwaktu orang lain berbangga.Seharusnya orang yang mengerti Al-Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras,kejam,lalai,bersuara keras dan marah..


Tanyai lah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur:Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur itu dihadapan kami,kiamat itu janjian kami,Neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah..


Seorang hukama berkata:Ketawa menyusahkan hari-harimu di akhirat,sedangkan hiburanmu kelak diakhirat ialah tangisanmu didunia.


Menangislah disini,Sebelum menangis disana!!!!!


rujukan

1.Tafsir pimpinan Ar-Rahman Kepada Pergertian Al-Quran.Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri
2.Al-Qurtubiy,al-jami'li Ahkam al-Quran,5/279.
3.Al-Nawawiy,Syarh al-Nawawiy'ala Sahih Muslim,jilid 13,m.s9,cetakan Dar al-Ihya al-Taurath al-'Arabiy,Beirut.
4.Al-Majmu'kitab Ash-Shalah bab Ma Yukrah Lubsuha wa Ma La Yukrah:4/377-378.

Monday 26 September 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita



Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)

Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.

Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Mestikah Jodohya Penzina Juga??

Ustaz, saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.
Jawapan Ustaz :

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
1.Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif
2.Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi
3.Masih ber 'boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang 'ustaz' atau seseorang yang 'jaga solat lima waktu'.

Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurta kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.
Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, 'bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki 'soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun 'tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain Firman Allah : "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat' kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui.. amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis
Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan lulusan B.A. (Hons) Usuluddin, dan M.A. Shari'ah, Universiti Yarmouk,Jordan. Kini beliau sedang menyiapkan pengajian PhD dalam Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); di samping Penasihat Syariah di C&S Consulting & Investment Ltd., OSK Investment (Islamic) Bank Bhd. dan Standard Chartered (Sadiq) Bank (M) Bhd. Beliau menulis di www.zaharuddin.net.

Usah Menanti Syurga Di Pintu Neraka



"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)
Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup. Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar 'setan' itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.

Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud, " Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu."
Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.

Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.

Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah 'belum sampai seru!' alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!

Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?

Bentuk-bentuk Hidayah
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.

Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.
Yang terakhir ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.

Hidayah pula diturunkan dalam dua cara iaitu hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah ataupun sesiapa sahaja. Contohnya hidayah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad agar membimbing umatnya beriman kepada Allah. Namun, hidayah taufik ini tidak mampu diberikan oleh makhluk tetapi hanya Allah yang berkuasa. Ia tiada pada Nabi Muhammad walaupun baginda adalah seorang Rasul sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki."

Adapun ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.

Biarpun hidayah itu adalah pemberian Allah tetapi tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu ia datang kepada kita. Hidayah perlu dicari dan boleh diusahakan jika kita benar-benar inginkannya dengan memohon kepada Allah. InsyaAllah, kita pasti akan diberikan hidayah.

Wanita Yang Indah..



Alhamdulilah ...Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.


La Tahzan:Jadilah Wanita Paling Berbahagia

 
 
 
Kita selalu ungkapkan perkataan “Jangan Bersedih” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami perkara macam tu apakah kita akan bersabar dengan dugaan tersebut. Kenapa mesti bersedih, bukankah rahmat Allah tu luas…sekali gagal tak bermakna selamanya tak leh nak berjaya…kita ni hanyalah hamba yg Dhai’f.


Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia

Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain

Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi

Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu

Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...


Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al-Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

Al-Quran menjawab :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~

*Mari berCinta dengan Allah! ^_^

Saturday 24 September 2011

ISLAM MELARANG KETAWA BERLEBIHAN






Alhamdulilah Syukur Doa di panjat ke pada Maha Pencipta ,
Kerana mengizinkan lagi Hamba menulis Untuk hari ini.....

Suka dan duka sudah menjadi asam garam dalam kehidupan setiap insan sentiasa dihadapkan dengan pelbagai situasi hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderiaan manakala ketawa pula selaluny menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya..



Dalam rencana ini penulis ingin menyentuh tentang ketawa yang agak jaran-jarang benar diangkat menjadi agenda dalam tulisan ilmiah dan diskusi semasa.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa.Namun sebagai agama yang syumul dengan pelbagai adap dan displin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang di benarkan bagi mengelakkan orang2 di pandang rendah martabatnya oleh orang bukan muslim.

Menyingkap kembali sirah Rasulullah s.a.w pada waktu Baginda sedang hebat melancarkan misi dakwah baginda melalui jihad perang selepas siri hijrah baginda ke Madinah,Allah telah menemplak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya telah menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w dimedan peperangan ,tetapi telah membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat2 genting tentera islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam peperangan Uhud.

Ekoran dari peristiwa tersebut,Allah telah berfirman yang maksudnya: "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak"( surah at-taubah:82)

Jelaslah dari mahfum ayat diatas, Allah telah mengungkapkan tentang sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa yang berlebihan.Justru begitulah sikap mereka, maka sebagai umat islam kita haruslah membuang sikap demikian dalam kehidupan kita sehari-hari.Walaupun telah dimaklumi bahawa sedih,murung,riang,gembira dan ketawa adalah sentuhan sanubari semulajadi yang lahirnya dari sentuhan perasaan yang sesentif oleh insan normal,tetapi islam tetap menghadkannya untuk mengelak ianya berlaku dalam keadaan yang melampau.
Lantaran itulah walau diliputi dengan apa yang dialami dan rasai,agama Islam yang suci murni telah menyediakan alternetif lain yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan dari setiap dari kita bertindak diluar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud:" Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati".
(Riwayat Ahmad dan at-Termizi).

Jika dihayati mahfum hadis diatas,maka sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan sendiri dengan secara berlebihan kerana di bimbangi ianya boleh membawa kepada bekunya dan matinya hati.
Hati adalah agen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang.Jestru, jika ianya sudah tidak lagi bernafas dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini,maka sudah tentu tiada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperolehi kerana pengerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia.sekiranya baik dan bersih hati seseorang maka akan baiklah seluruh anggota zahiriah seseorang dalam melakukan apa jua tindakan dalam hidup seharian.Sebaliknya jika buruk dan rosak sebuku hati tersebut makan akan punahlah segala angota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati telah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhanya ,kerana pada detik dan waktu itu, keunggulan ciri2 manusia sejati yang lahir dengan peranan dan tanggungjawab di alam fana ini kan terabai dan akan dilupakan begitu saja.Perlu juga insafi bahawa pada ketika hati telah punah dan rosak , maka sesuatu yang turut kan sama kan binasa ialah maruah seseorang itu. seseorang individu itu tidak
kan mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri nya kerana proses untu memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi..

Syaidina Umar al-Khatab pernah berkata bahawa:"Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan berkuranglah rasa takutnya kepada Allah.Apabila rasa takutnya sudah berkurang, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah".

Suatu ketika sedang Rasulullah s.a.w berjalan di hadapan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu baginda bersabda yang maksudnya" Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. kalau kamu semua tahu apa yang aku tahu,nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa". (Riwayat al-Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis baginda yang lain Rasulullah s.a.w telah mengingatkan orang banyak ketawa dengan sabda baginda:" Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan Nur dari wajah kita".

Ketawa pada hakikatnya yang sebenarnya apabila sudah sampai tahap berlebihan, maka ianya lebih mengundang negatif dari positif.Orang yang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masanya berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Bukan itu sahaja, kadang kala banyak ketawa boleh mengalpakan manusia dari mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepda mati, maka manusia akan lupa untuk membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan,kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara sahaja.Orang yang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaianya untuk memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah,ketua,ayah dan pemimpin di dalam dunia sementara ini.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata:"Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kapanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah".

Justeru ,dengan bermuhasabah dan tazkiyah diri sahajalah jalan yang paling baik untuk direntasi oleh setiap dari kita pada setiap masa, agar kita tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia ini, kerana ianya merupakan sesutu dugaan dari Allah kepada hambanya yang beriman.
Disamping itu kita diseru supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu dan ketika, agar kita dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kesxalahan yang dibuat samada dengan sengaja atau tidak agar tidak mudah mearsa berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan itu.

Benarlah kata2 menyebut "orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudianya".Ini kerana manusia yang celaka di dunia, yang banyak ketawa setiap masa, bukan saja tidak akan mampu untuk ketawa didalam azab Allah kelak, bahkan tidak akan mempunyai waktu dan masa untuk mengukir senyum.

Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa yang melakukan perbuatan dosa dan kemudiannya ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan".

Sekali lagi ditegaskan bahawa islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa,tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana kerana kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semulajadi tercipta.Semoga kita akan sama2 berusaha untuk mengawal diri dari menyebabkan hati menjadi beku dan mati kerana apabila ianya berlaku,maka akan hilanglah kenikmatan hidup kita untuk menjadi seorang mukmin yang beriman kepada Allah.

AKU INGIN BERUBAH..

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU
NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..

SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

WANITA SOLEHAH CERMINAN AINUL MARDHIAH

Sabda Rasulullah saw
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata,
ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan,
dan tidak kurang juga pada keturunan,
tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya,
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..


Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya...
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar
tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.
Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya..dari hujung rambut hingga hujung kaki..
termasuklah wajahnya, suaranya,senyum tawanya,jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun..
wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat..
Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah anNur,30..
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya..ulama syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak tangan.tapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,ia tetap menjadi aurat..Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat..lalu mengenakan purdah pada wajahnya.mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum spt frienster.facebook dan lain-lain

suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi.kerna memahami perintah Allah swt padanya dalam surah alAhzab ayat33.”Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya”...Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi..


Muasyarat(pergaulan) yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur.Hajat mereka tidak kesampaian.Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka.apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa .as dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah alQasas,23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum.Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan)..
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang..Khalwat juga adalah bunga – bunga perzinaan..Berbual – bual di telefon atau sms antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua – duaan..fikirkanlah...

Saidina Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita”.Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya.kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.bagaimana keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya..Jadi labuhkanlah tudung sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung.Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahutentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab..seseorang telah menegurnya,”mengapa engkau tidak berjilbab,adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”.lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya..Beliau berkata,”aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt”.. Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab..Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam..Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam..bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...

Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang
mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya.. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan – jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah..oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dgn berjihad dan syahid di jalan Allah… Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan - papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam..Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum..Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, Dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?”..sedang ia menjawab,”saya tidak tahu”..

Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt..”Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah alAhzab_33)..
ya,memang benar...Islam itu mudah..
tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam..dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,Rasulullah saw bersabda, “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang”


Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya(ghaddul basar)
kerna ia adalah perintah dari Allah(anNur,30-31),
ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran.
oleh itu, tundukkanlah pandangan, ibarat mencari sesuatu yang hilang..
apa yang selalu hilang dari kita..tak lain tak bukan,,adalah iman dan keikhlasan
kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja’ul aqro..
sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi,
maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh..
dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta..

Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian
wanita yang menjaga pendengarannya di dunia,
maka di syurga kelak
dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur..
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya..
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga,
iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman...MasyaAllah...


......................................................................................................................................................................





saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula..
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
Yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas..

saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja..
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya..
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...

saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,,
kalau senang, senang yang sementara..
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia.
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya..

saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat..
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...

saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki..
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan.
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya...
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja..

saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah saw..
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah penampilanmu,pecakapanmu,ataupun akhlakmu..
moga – moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a..
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu..
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah?...

saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dgn Tuhanmu..
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan..
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu..
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah saw..
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti..
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya..

saudariku...
ajarlah jiwamu utk bersahabat dgn tuhan..
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian..
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dgn keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan...
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dgn zikir LailahaillaAllah..
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah..
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a…
di mana seorang yg buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akn bertemu syurga Allah…
semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami."
Amin ya rabbal ' alamin.

Aku Jatuh Cinta..

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu.
.


--------------------------------------------------------------------------


Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'


"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.”


Melamar Gadis Yang Baik



Dalam melamar, seorang muslim dianjurkan untuk memperhatikan beberapa sifat yang ada pada wanita yang akan dilamar, diantaranya :

1. Wanita itu disunahkan seorang yang penuh cinta kasih. Maksudnya ia harus selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara sang suami pun memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya. Selain itu, ia juga harus berusaha menjaga keridhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, menjadikan suaminya merasa tentram hidup dengannya, senang berbincang dan berbagi kasih sayang dengannya. Dan hal itu jelas sejalan dengan firman Allah Ta’ala,
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tentram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kalian rasa kasih dan saying. (ar-Ruum:21) .

2. Disunahkan pula agar wanita yang dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, karena ketenangan, kebahagiaan dan keharmonisan keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami-istri. Berkenaan dengan hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman
, Dan orang-orang yang berkata, ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa’. (al-Furqan:74) .
Dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
Menikahlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Karena sesungguhnya aku merasa bangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat kelak. Demikian hadist yang diriwayatkan Abu Daud, Nasa’I, al-Hakim, dan ia mengatakan, Hadits tersebut sanadnya shahih.

3. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Hal itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Shahihain dan juga kiab-kitab lainnya dari hadits Jabir, bahwa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pernah bertanya kepadanya,
Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda? dia menjawab,”Seorang janda.”Lalu beliau bersabda, Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan ia pun dapat mencumbuimu? . Karena seorang gadis akan mengantarkan pada tujian pernikahan. Selain itu seorang gadis juga akan lebih menyenangkan dan membahagiakan, lebih menarik untuk dinikmati akan berperilaku lebih menyenangkan, lebih indah dan lebih menarik untuk dipandang, lebih lembut untuk disentuh dan lebih mudah bagi suaminya untuk membentuk dan membimbing akhlaknya.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda, Hendaklah kalian menikahi wanita-wanita muda, karena mereka mempunyai mulut yang lebih segar, mempunyai rahim yang lebih subur dan mempunyai cumbuan yang lebih menghangatkan. Demikian hadits yang diriwayatkan asy-Syirazi, dari Basyrah bin Ashim dari ayah nya, dari kakeknya. Dalam kitab Shahih al_Jami’ ash_Shaghir, al-Albani mengatakan, “Hadits ini shahih.”

4. Dianjurkan untuk tidak menikahi wanita yang masih termasuk keluarga dekat, karena Imam Syafi’I pernah mengatakan, “Jika seseorang menikahi wanita dari kalangan keluarganya sendiri, maka kemungkinan besar anaknnya mempunyai daya piker yang lemah.”

5. Disunahkan bagi seorang muslim untuk menikahi wanita yang mempunyai silsilah keturunan yang jelas dan terhormat, karena hal itu akan berpengaruh pada dirinya dan juga anak keturunannnya. Berkenaan dengan hal tersebut, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
Wanita itu dinikahi karena empat hal: karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscahya kamu beruntung. (HR. Bukhari, Muslim dan juga yang lainnya).

6. Hendaknya wanita yang akan dinikahi itu taat beragama dan berakhlak mulia. Karena ketaatan menjalankan agama dan akhlaknya yang mulia akan menjadikannya pembantu bagi suaminya dalam menjalankan agamanya, sekaligus akan menjadi pendidik yang baik bagi anak-anaknya, akan dapat bergaul dengan keluarga suaminya. Selain itu ia juga akan senantiasa mentaati suaminya jika ia akan menyuruh, ridha dan lapang dada jika suaminya memberi, serta menyenangkan suaminya berhubungan atau melihatnnya. Wanita yang demikian adalah seperti yang difirmankan Allah Ta’ala,
“Sebab itu, maka wanita-wanita yang shahih adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminyatidak berada di tempat, oleh karena Allah telah memelihara mereka”. (an-Nisa:34) .
Sedangkan dalam sebuah hadits, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatannya adalah wanita shalihah”. (HR. Muslim, Nasa’I dan Ibnu Majah).

7. Selain itu, hendaklah wanita yang akan dinikahi adalah seorang yang cantik, karena kecantikan akan menjadi dambaan setiap insan dan selalu diinginkan oleh setiap orang yang akan menikah, dan kecantikan itu pula yang akan membantu menjaga kesucian dan kehormatan. Dan hal itu telah disebutkan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam hadits tentang hal-hal yang disukai dari kaum wanita. Kecantikan itu bersifat relatif. Setiap orang mempunyai gambaran tersendiri tentang kecantikan ini sesuai dengan selera dan keinginannya. Sebagian orang ada yang melihat bahwa kecantikan itu terletak pada wanita yang pendek, sementara sebagian yang lain memandang ada pada wanita yang tinggi. Sedangkan sebagian lainnya memandang kecantikan terletak pada warna kulit, baik coklat, putih, kuning dan sebagainya. Sebagian lain memandang bahwa kecantikan itu terletak pada keindahan suara dan kelembutan ucapannya. Demikianlah, yang jelas disunahkan bagi setiap orang untuk menikahi wanita yang ia anggap cantik sehingga ia tidak tertarik dan tergoda pada wanita lain, sehingga tercapailah tujuan pernikahan, yaitu kesucian dan kehormatan bagi tiap-tiap pasangan.

tentang-pernikahan.com - Sumber: Fikih Keluarga, Syaikh Hasan Ayyub, Cetakan Pertama, Mei 2001, Pustaka Al-kautsar

Rintihan Suci HambaMu

Yaa Ilahi..
Apakah orang yang telah mencicipi manisnya cintaMu..
akan menggantikan pengganti selainMu..
Apakah orang yang telah bersanding disampingMu..
akan mencari penukar selainMu..

Yaa Ilahi..
Jadikan kami diantara yang Kau pilih untuk pendamping dan kekasihMu..
Yang Kau ikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasihMu..
Yang Kau rindukan untuk datang menemuiMu..
Yang Kau ridhakan (hatinya) untuk menerima qadhaMu..
Yang Kau anugerahkan (kebahagiaan) melihat wajahMu..
Yang Kau limpahkan keredhaanMu..
Yang Kau lindungi dari pengusiran dan kebencianMu..
Yang Kau persiapkan baginya kedudukan siddiq di sampingMu..
Yang Kau istimewakan dengan makrifatMu..
Yang Kau arahkan untuk mengabdiMu..
Yang Kau tenggelamkan hatinya dalam IradahMu..
Yang Kau pilih untuk menyaksikanMu..
Yang Kau kosongkan dirinya untukMu..
Yang Kau bersihkan hatinya untuk (diisi) cintaMu..
Yang Kau bangkitkan hasratnya akan karuniaMu..
Yang Kau ilhamkan padanya mengingatMu..
Yang Kau dorong padanya mensyukuriMu..
Yang Kau sibukkan dengan ketaatanMu..
Yang Kau jadikan dari makhlukMu yang shalih..
Yang Kau pilih untuk bermunajat padaMu..
Yang Kau putuskan daripadanya segala sesuatu..
Yang memutuskan hubungan denganMu..

Yaa Allah..
Jadikan kami diantara orang orang yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukanMu..
Nasibnya hanya merintih dan menangis..
Dahi- dahi mereka sujud kerana kebesaranMu..
Mata mata mereka terjaga dalam mengabdiMu..
Air mata mereka mengalir kerana takut kepadaMu..
Hati hati mereka terikat pada cintaMu..
Kalbu-kalbu mereka terpesona dengan kehebatanMu..

Wahai Yang cahaya kesucianNya bersinar
Dalam pandangan para pencintaNya..
Wahai yang kesucian wajahNya
Membahagiakan hati pada pengenalNya..
Wahai Kejaran Kalbu para perindu..
Wahai Tujuan Cita para pecinta..
Aku memohonkan cintaMu..
Dan cinta orang yang mencintaiMu..
Dan cinta amal yang membawaku kesampingMu..

Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selainMu..
Jadikan cintaku padaMu membimbingku pada redhaMu..
Kerinduanku padaMu mencegahku dari maksiat atasMu..
Anugerahkan padaku memandangMu..
Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang..
Jangan palingkan wajahMu dariku..
Jadikan aku penerima anugerah dan karuniaMu..
Wahai Pemberi Ijabah..
Yaa Arhamar Rohimiin.....

Air Mata Keinsafan

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hatiku ini?
Begitu menggunungkah dosa diriku ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yang lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam…
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurgaMu ya Allah...Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api nerakaMu...

Ya Allah,
Hinanya diriku ini ya Allah…
Kotornya diriku ini ya Allah…
Jijiknya diriku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah..
Segala-galanya aku berserah padaMu…
Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinan dariMu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahal‘azim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku..
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yang telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau..
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub..
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini...
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..

Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tidak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Hassan Al-Banna untukku ya Allah?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dalam lumpur dosa-dosa hina..
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahal’azim…
Astaghfirullahal’azim…
Astaghfirullahal’azim…


Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Bahagia menuju Syurga abadi...

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
.Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)
.Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
.
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
.
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Friday 23 September 2011

Surat Adam Untuk Kaum Hawa





Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”